Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Perkim gesa tindakan tegas

3 posters

Go down

Perkim gesa tindakan tegas Empty Perkim gesa tindakan tegas

Post  Deto_8 Fri Oct 09, 2009 8:34 pm

MARAN – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang, menggesa tindakan tegas diambil ke atas badan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikaikan keputusan mahkamah syariah dan membangkitkan sebarang isu yang melibatkan sensitiviti kaum serta agama.

Naib Persidennya, Ismail Mat Resat berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia perlu mengkaji, termasuk membatalkan pendaftaran NGO terbabit, jika mencampuri hal ehwal agama di negara ini.

Menurutnya, tindakan pihak yang mempertikai pelaksanaan undang-undang syariah, termasuk hukuman sebat terhadap pesalah jenayah syariah, boleh menimbulkan tanda tanya serta sangkaan wujudnya motif tidak baik terhadap Islam.

“Suara sakti majoriti masyarakat Islam yang mendukung kedaulatan undang-undang Islam sepatutnya diambil kira bagi mempercepatkan usaha meningkatkan martabat serta memperkasakan undang-undang syariah.

“Menjadi harapan NGO Islam supaya suara memperlekeh undang-undang dan mahkamah syariah tidak diberi ruang. Saya tidak fikir kerajaan atau pihak berkaitan ingin menunggu umat Islam menghukum baru hendak mengambil tindakan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang mendapat tumpuan pelbagai pihak, termasuk media asing apabila dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, 20 Julai lalu, selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, dua tahun lalu.

Ismail yang juga Presiden Perkim Daerah Maran berkata, Kartika sendiri sama sekali tidak mempertikaikan hukuman yang diputuskan mahkamah, tetapi orang lain pula beria-ia meminta pelbagai pihak, termasuk kerajaan untuk mengkaji semula hukuman yang sudah termaktub dalam undang-undang syariah.

Menurutnya, model sambilan itu reda dengan hukuman sebat dijatuhkan atas kesalahan meminum arak, kini membuka lembaran baru dengan penampilan lebih positif.

“Kerajaan perlu mendakwa semua pihak yang membuat tuntutan bersifat menghasut dan menghina ajaran Islam.

“Menurut Islam, hak asasi manusia hendaklah ditafsirkan mengikut kehendak Islam yang mana hak seseorang individu diimbangkan dengan hak masyarakat yang inginkan keselamatan dan kesejahteraan,” katanya.

Ismail berkata, pendirian Kartika untuk mengaku bersalah dan bersedia dihukum harus dilihat sebagai kerelaan bagi mematuhi perintah Allah dalam menegakkan keadilan walau terhadap diri sendiri.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Perkim gesa tindakan tegas Empty Re: Perkim gesa tindakan tegas

Post  zulkbo Sat Oct 10, 2009 12:46 am

bila agama pun nak dipolitikkan
ni lah jadik nye..
koi bengang malas nak komen byk kes
pompuan nih..
dia dah redha ada lak
mana hamba Allah "orang besar"
pulak yang tak bagi rotan
bukan kena gantung?? Shocked Shocked Rolling Eyes
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Perkim gesa tindakan tegas Empty Re: Perkim gesa tindakan tegas

Post  koy101 Sat Oct 10, 2009 1:33 am

Aku sokong cadangan PERKIM....
La nih bertambah banyok lak pihak ngaku NGO yg duk nyibuk dlm hal-ehwal Islam nih....
Yg lg pelik biler ader NGO yg ngaku NGO Islam... tp kenyataan dibuat cam org langsung xtau hukum agama.....
Haramkan jer trus NGO cam tuh....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Perkim gesa tindakan tegas Empty Re: Perkim gesa tindakan tegas

Post  zulkbo Sat Oct 10, 2009 1:36 am

koy101 wrote:Aku sokong cadangan PERKIM....
La nih bertambah banyok lak pihak ngaku NGO yg duk nyibuk dlm hal-ehwal Islam nih....
Yg lg pelik biler ader NGO yg ngaku NGO Islam... tp kenyataan dibuat cam org langsung xtau hukum agama.....
Haramkan jer trus NGO cam tuh....

orang politik kat belakang tu KOY
sema ada income keluar masuk
NGO ni pada nama sebab nak bisnes
dorang jer..

Mad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Perkim gesa tindakan tegas Empty Re: Perkim gesa tindakan tegas

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum