Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Polis siasat dua laporan bercanggah

+3
MD
zulkbo
Deto_8
7 posters

Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  Deto_8 Mon Oct 19, 2009 11:14 am

KUANTAN – Seorang peniaga yang mahu menghantar kerusi ‘malas’ kepada saudara lelakinya, mendakwa dipukul pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di pintu lif hospital itu kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Peniaga itu, Mohd Nazar Mohd Ali, 28, berkata, dia tiba di HTAA bersama abangnya, Mohd Amiruddin, 38, kira-kira jam 7 malam untuk menghantar kerusi berkenaan kepada saudara lelakinya yang menemani bapa saudara mereka di Wad 8 hospital terbabit.

Menurutnya, kerusi itu mahu dijadikan tempat tidur adik kakak iparnya yang menemani bapanya bermalam di Wad 8 dan ketika di pintu lif hospital itu, mereka ditahan seorang pengawal keselamatan, lalu meminta surat kebenaran dengan nada kurang sopan.

“Kami beritahu surat kebenaran itu ada bersama saudara kami yang menemani bapanya di wad.,” katanya.

Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati, pengawal keselamatan itu bertindak menumbuk hidungnya di hadapan pintu lif sehingga berdarah semasa pintu lif sedang terbuka.

Katanya, kejadian itu kemudian berulang ketika mereka mahu meninggalkan hospital itu kira-kira 15 minit kemudian.

“Ketika mahu meninggalkan hospital, kami sekali lagi diserang pengawal keselamatan itu yang menunggu bersama rakan-rakannya di hadapan lif.

“Saya sekali lagi diserang dengan insiden tolak menolak sehingga telefon bimbit yang berada dalam tangan saya tercampak dan terkena muka pengawal keselamatan itu,” katanya.

Mohd Nazar berkata, beliau kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira jam 8.39 malam berhubung kejadian itu, namun bertemu sekali lagi dengan pengawal keselamatan berkanaan yang turut membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, pihaknya menerima kedua-dua laporan tersebut dan masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Berdasarkan laporan yang dibuat pengawal keselamatan itu, dia mendakwa dipukul, diludah dan dilontar telefon bimbit ke muka oleh pelawat terbabit. Laporan lain yang dibuat pelawat itu pula sebaliknya.

“Polis akan siasat kedua-dua laporan tersebut yang dibuat pengawal keselamatan berumur 31 tahun itu dan juga pelawat yang mendakwa dipukul pengawal terbabit,” katanya.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Re: Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  zulkbo Mon Oct 19, 2009 11:45 am

koi kata apa dah..
mesti berversi-versi citer
dari kedua-dua pihak
tunggu lah polis siasat
keluar lah abis
citer betulnya
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Re: Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  MD Mon Oct 19, 2009 11:57 am

seingat kawan dulu pun ada kes pengawal keselamatan HTAA pukul orang...kerap betul
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Re: Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  zulkbo Mon Oct 19, 2009 12:15 pm

MD wrote:seingat kawan dulu pun ada kes pengawal keselamatan HTAA pukul orang...kerap betul


darah perdekar belaka
tu yang orang amek jadi jaga kut
gurau jer...
huh huh huh Very Happy Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Re: Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  jasnoraizan Mon Oct 19, 2009 12:32 pm

zulkbo wrote:
MD wrote:seingat kawan dulu pun ada kes pengawal keselamatan HTAA pukul orang...kerap betul


darah perdekar belaka
tu yang orang amek jadi jaga kut
gurau jer...
huh huh huh Polis siasat dua laporan bercanggah Icon_biggrin Polis siasat dua laporan bercanggah Icon_biggrin

hok ada darah pendekar ni patutnya suruh aje diorang nih pg jaga kat....istana nuh....baru dia payoh nok jumpa ngan org2 awm nih....(skali skala je le...dpt jumpa..tu pun kalu2 ada acara2 keraian kat istana... Polis siasat dua laporan bercanggah Icon_lol Polis siasat dua laporan bercanggah Icon_lol )
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Re: Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  acey Mon Oct 19, 2009 2:12 pm

biasa la tu, nak tunjuk pendekar tak bertempat, sesama melayu je berani nak tunjuk hebat

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Re: Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  strikerbuncit Mon Oct 19, 2009 4:52 pm

sama mcm itu ahli politik juga laa..sana kata betoi,sini pun kata betoi..mana satu yg betul punya betul? haiyaa...wa pun tatak tau maa.. Question No cyclops
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Re: Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  ebe Mon Oct 19, 2009 8:34 pm

kan dah cakap.. pak gad mcm saya tak pukul orang.. tapi visitor pukul kami
ebe
ebe
Security Guard
Security Guard

Posts : 414
Points : 5452
Join date : 14/09/2009
Age : 40
Location : Technology Park Malaysia

http://www.bisneskad.biz

Back to top Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Re: Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  zulkbo Tue Oct 20, 2009 12:44 am

elok settle cara baik jer
nak gi ke mahkamah
dah jadi panjang cerita la pulok
manusia byk kesilapan
memaafkan kesalahan orang
adalah tuntutan dalam islam
(cewahhh.cam ustaz la pulok)
huh huh huh Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Polis siasat dua laporan bercanggah Empty Re: Polis siasat dua laporan bercanggah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum