Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

150 penduduk tunggu air bersih

2 posters

Go down

150 penduduk tunggu air bersih Empty 150 penduduk tunggu air bersih

Post  Deto_8 Mon Oct 19, 2009 11:17 am

KUALA SENTUL - Selepas 52 tahun merdeka, banyak kemajuan dicapai negara, termasuk dalam bidang ekonomi, sosial, taraf hidup, infrastruktur, mahupun sains dan teknologi.

Namun masih ada rakyat negara ini yang jauh terpinggir daripada arus pembangunan, malah masih menagih simpati untuk mendapatkan kemudahan paling asas dalam kehidupan.

Demikian nasib yang menimpa lebih 150 penduduk Kampung Asli Bangas, di sini, yang sehingga kini terpaksa bergantung pada paya, sungai dan perigi untuk memperoleh sumber air, walaupun perkampungan itu sudah mula diduduki sejak sebelum merdeka.

Tinjauan Sinar Harian ke perkampungan itu mendapati, kesemua 36 rumah di situ disediakan paip dan meter air, namun ia tidak berfungsi sejak dipasang pada 2004.

Keadaan itu memaksa penduduk berulang-alik ke sungai berhampiran untuk mengangkut air setiap hari. Bagi yang tidak mempunyai kenderaan, perigi lama menjadi sumber bekalan minuman dan kegunaan harian.

Penduduk, Tar Medan, 76, berkata, ketiadaan bekalan air bersih menyebabkan penduduk, terutama kalangan kanak-kanak terdedah kepada ancaman penyakit.

Menurutnya, perkara itu telah beberapa kali diajukan kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang tindakan diambil, sebaliknya pihak terbabit pula kerap memberi alasan peruntukan sebagai punca permasalahan berlaku.

“Masalah membekalkan air bersih tidak sepatutnya berlaku dan kami rasa seperti dipinggirkan, kerana ada sebuah kampung Orang Asli berdekatan yang jauh lebih maju dan sentiasa mendapat perhatian pelbagai jabatan.

“Saya merayu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera, kerana penduduk sudah bosan dengan masalah yang dihadapi sejak berdekad lamanya,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Rohani Tar, 24, berkata, sepanjang hidupnya dia hanya minum air yang diambil dari sungai, paya atau perigi.

Menurutnya, perkara itu telah menjadi lumrah dalam hidupnya dan hingga kini dia bersama keluarga masih menggunakan air itu sebagai bekalan utama untuk minum, masak, mandi atau membasuh.

“Ketika kecil saya tidak mengambil berat masalah air, tetapi selepas meningkat dewasa saya mengerti betapa pentingnya bekalan air bersih, terutama untuk anak-anak kecil.

“Ada sebuah perigi lama, jika hujan, airnya akan kotor. Mahu atau tidak, terpaksa guna juga. Pernah saya ke klinik kerana sakit perut dan doktor memaklumkan ia berpunca daripada air yang tidak bersih,” katanya.

Sementara itu, Patih Jeloh, 86, pula berkata, pihak kerajaan perlu memberi perhatian yang sewajarnya terhadap masalah itu kerana ia melibatkan soal keperluan dan kesihatan penduduk di situ.

Menurutnya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) perlu memainkan peranan mengemukakan masalah berkenaan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya tindakan segera boleh diambil.

“Sekiranya tindakan segera tidak diambil, penduduk kampung berkenaan akan bertambah bosan dan marah kepada kerajaan kerana merasakan diri mereka dipinggir daripada arus pembangunan,” katanya.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

150 penduduk tunggu air bersih Empty Re: 150 penduduk tunggu air bersih

Post  zulkbo Mon Oct 19, 2009 11:47 am

mana adun kuala sentul kita
yang come tu..
cian kat orang asli ni
nasib dorang masih boleh
sabor..kalau tak swing undi nanti
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum