Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuantan :: MPK sedia hadapi musim tengkujuh

Go down

Kuantan :: MPK sedia hadapi musim tengkujuh Empty Kuantan :: MPK sedia hadapi musim tengkujuh

Post  Deto_8 Tue Nov 03, 2009 8:25 pm

Sinar Harian

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sudah membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi musim tengkujuh yang bakal tiba penghujung tahun ini.

Yang Dipertua MPK, Datuk Azizan Ahmad berkata, MPK sudah bersiap sedia menghadapi keadaan banjir kilat yang bakal melanda, selain bekerjasama dengan agensi terlibat seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pejabat Daerah.

“Kita sudah mengenal pasti lokasi yang berisiko dan selain Pejabat Daerah, kita turut bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MPK 2009, bertemakan ‘Persekitaran Selamat, Pekerja Sihat’ yang berlangsung selama lima hari di Kompleks MPK, Bukit Ubi, di sini, semalam.

Pada majlis yang turut dihadiri Penolong Pengarah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, Hamili Omar; Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Abu Bakar Awang Ngah dan kakitangan MPK dari pelbagai unit itu, Azizan turut memberitahu, MPK yang kini mempunyai 1,300 kakitangan menubuhkan JKKP sejak 2006 dan setakat ini hanya satu kes kemalangan minor berlaku di tempat kerja.

“Ia melibatkan kecuaian sendiri, apabila tukang potong rumput kita terkena batu semasa menjalankan tugasnya.

“JKKP bertanggungjawab melaksanakan pelbagai program yang berkaitan untuk melindungi pegawai dan kakitangan terhadap sebarang ancaman,” katanya.

Azizan berkata, antara program yang sudah dijalankan ialah Chemical Health Risk Assesement (CHRA) yang menilai risiko bahaya akibat aktiviti dan prosedur kerja.

Menurutnya, seramai 113 pekerja yang terbabit dengan semburan asap, racun di Bahagian Mekanikal juga diperiksa tahap kesihatan mereka untuk program Saringan Kesihatan.

“MPK juga menyediakan empat buku Manual Keselamatan yang diguna pakai iaitu Kerja-Kerja Pengasapan, Meroboh Bangunan, Kerja Pemangkasan dan Kimpalan Gas,”katanya.

Di bawah Seksyen 30 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyatakan organisasi yang mempunyai kakitangan melebihi 40 orang, majikannya diwajibkan menubuhkan JKKP sendiri.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum