Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuantan :: Basikal lasak di Teluk Cempedak

3 posters

Go down

Kuantan :: Basikal lasak di Teluk Cempedak Empty Kuantan :: Basikal lasak di Teluk Cempedak

Post  Deto_8 Fri Dec 25, 2009 11:00 pm

TELUK CEMPEDAK - Bertitik tolak penganjuran Kuantan Enduro Downhill 2009 yang berlangsung April lalu, sukan ‘Mountain Bike’ atau ‘downhill’ atau basikal lasak kini menjadi satu ikon baru di Teluk Cempedak.

Malah melihat kepada penganjuran pertama kali itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mahukan satu pusat rekreasi khusus untuk sukan berbasikal lasak ini dibina dengan peruntukan berjumlah RM150,000 melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN).

Tiga individu dipertanggungjawabkan untuk membina dan menyiapkan fasiliti dan infrastruktur pusat rekreasi itu bagi menarik lebih ramai penglibatan peserta dalam sukan basikal lasak ini.

Salah seorang daripadanya, Iszarizal Ismail berkata, penganjuran kejohanan basikal lasak pada April lalu memberi ruang yang luas untuk memperkembangkan sukan itu ke seluruh negara.

Menurutnya, penganjuran pertama kali itu dianggap sebagai satu kejayaan yang luar biasa 90 peserta dari dalam dan luar negara menyertainya.

“Sambutan pada April lalu itu sememangnya di luar dugaan kerana ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peserta dalam dan luar negara menyebabkan acara itu akan disenaraikan sebagai kejohanan tahunan.

“Malah dengan peruntukan yang disalurkan melalui MTPN, fasiliti dan infrastruktur sukan basikal lasak ini hampir siap sepenuhnya dan dijangka akan dirasmikan sendiri Menteri Pelancongan pada Disember ini atau Januari tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, selain MTPN, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Perhutanan Negeri juga turut memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan ikon baru Teluk Cempedak ini.

Menurutnya, beliau yakin dengan siapnya kawasan rekreasi baru ini, ramai peminat sukan basikal lasak akan mengunjungi tempat itu untuk merasai sendiri bagaimana bermain dengan ‘disiplin’ yang disediakan.

“Beberapa ‘disiplin’ sudah pun siap dan cuma menanti untuk dibuka sepenuhnya nanti.

“Kita yakin ikon baru Teluk Cempedak ini mendapat perhatian ramai dan ia bakal disenaraikan dalam peta pelancongan negeri ini sebagai antara destinasi pilihan pelancong terutamanya peminat sukan lasak ini yang secara langsungnya akan meningkatkan ekonomi Teluk Cempedak dan juga Kuantan,” katanya.

Sementara itu pereka litar downhill, Suhaimi Sarip berkata, litar sepanjang 2.4 kilometer itu menjanjikan kepuasan kepada setiap peserta di mana ia bermula dari kawasan rekreasi Bukit Pelindung dan berakhir di Teluk Cempedak.

Menurutnya, antara fasiliti atau disiplin yang disiapkan adalah north shore bridge, jongkang jongket, hanging wall, gap jump serta spiral.

“Ada beberapa disiplin di sini tidak terdapat di mana-mana tempat di negara ini terutamanya spiral setinggi 15 kaki, hanya terdapat di Teluk Cempedak sahaja.

“Litar dibina khusus untuk memberi kepuasan kepada peserta di mana ia akan menguji sejauh mana kecekapan peserta mengendalikan basikal masing-masing,” katanya.

Nasihun Amir pula berkata, selepas perasmian pembukaan ikon baru ini, sebuah kelab atau persatuan basikal lasak akan ditubuhkan bagi menarik penyertaan orang ramai terutamanya golongan belia.

Menurutnya, sehingga kini sudah ada ramai yang bertanyakan bila ikon ini akan dibuka kerana mereka tidak sabar untuk bermain.

Beliau bagaimanapun berkata, disebabkan tempat itu belum lagi dirasmikan hanya beberapa tempat sahaja dibenarkan bermain atas faktor keselamatan peserta.

“Meskipun belum dirasmikan, hanya beberapa tempat sahaja orang ramai dibenarkan bermain atas seliaan dan pengawasan kami,” katanya.

Beliau berkata, selain menubuhkan persatuan, mereka juga merancang untuk menubuhkan klinik basikal lasak bagi memberi pendedahan tentang aspek pengendalian basikal dengan betul serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan termasuk rawatan segera apabila berlaku kemalangan atau kecederaan sewaktu bermain,” katanya.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Kuantan :: Basikal lasak di Teluk Cempedak Empty Re: Kuantan :: Basikal lasak di Teluk Cempedak

Post  cikacung Sat Dec 26, 2009 12:18 am

zul, ko boleh masuk nih.... ko kan ada pengalaman manis berbasikal kat TC ni...hehe.....

cikacung
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 171
Points : 173
Join date : 27/09/2009
Age : 52
Location : j3/KHTP,Kulim

Back to top Go down

Kuantan :: Basikal lasak di Teluk Cempedak Empty Re: Kuantan :: Basikal lasak di Teluk Cempedak

Post  zulkbo Sat Dec 26, 2009 12:21 am

cikacung wrote:zul, ko boleh masuk nih.... ko kan ada pengalaman manis berbasikal kat TC ni...hehe.....

aku baru nak komen..
ye doh..
kita perintis sebenornya..
he he Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Kuantan :: Basikal lasak di Teluk Cempedak Empty Re: Kuantan :: Basikal lasak di Teluk Cempedak

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum