Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

MSL l Pahang perlu menang di luar

View previous topic View next topic Go down

MSL l Pahang perlu menang di luar

Post  Deto_8 on Mon Mar 08, 2010 4:10 pm

KUANTAN - Sepanjang perlawanan Liga Super musim ini, skuad Tok Gajah dilihat banyak mencipta kemenangan dan seri di kubu sendiri serta rekod tanpa kalah itu masih terus dipegang sehingga kini.

Bagaimanapun, timbul persoalan mengenai banyak kekalahan terpalit di gelanggang lawan, terbaru skuad kendalian Dollah Salleh itu tewas kepada Johor FC 1-2 di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor malam kelmarin.

Melihat trend ini, timbul kebimbangan bagaimana anak buah Dollah Salleh mahu meletakkan diri dalam kelompok lima teratas meskipun peluang menjuarai Liga Super masih lagi terbuka luas.

Paling penting, skuad Tok Gajah ini perlu mencipta kemenangan, bukan sahaja di gelanggang sendiri tetapi juga di luar kerana ia secara langsung membantu memperbaiki kedudukan pasukan untuk merampas takhta yang masih dikuasai Selangor.

Kekalahan skuad Tok Gajah malam kelmarin memerlukan satu strategi baru supaya anak buah Dollah Salleh tidak gugup ketika berhadapan pasukan lawan di gelanggang lawan.

Faktor pemain masih muda dan kurang berpengalaman bukannya alasan untuk pasukan Pahang apabila ditanya mengenai kekalahan mereka dalam satu-satu perlawanan.

Perlu diingat, kita baru terlepas peluang membawa pulang Piala FA dan peluang menjuarai Liga Super biarpun Piala Malaysia masih lagi ada, cuma memerlukan kerja keras pemain muda kita untuk merealisasikan impian setiap peminat dan penyokong skuad Tok Gajah.

Tok Gajah perlu buktikan kemampuan untuk menang di luar apabila bakal bertemu si Penyu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.

Meskipun skuad Terengganu adalah antara pasukan terkuat ketika ini, tetapi ‘bola itu bulat’ dan hanya mereka yang bijak mengatur strategi sahaja boleh memenanginya serta ia bukannya sesuatu yang mustahil sekiranya Pahang meletakkan diri mereka antara pasukan terkuat di negara ini.

Faktor psikologi dan kemantapan fizikal adalah aspek penting bagi memantapkan lagi sesebuah pasukan itu, bagaimanapun faktor strategi juga amat penting kerana dengan percaturan yang berkesan, pasukan yang lemah mampu tewaskan pasukan yang kuat sebagaimana Pahang menewaskan Negeri Sembilan dua minggu lalu di Stadium Darul Makmur.

Faktor kekalahan di Pasir Gudang malam kelmarin mungkin disebabkan dua faktor iaitu terlalu ghairah untuk mencipta kemenangan atau terlalu berhati-hati di tempat lawan.

Dalam soal ini setiap pemain harus menenangkan diri dalam apa jua perlawanan supaya lawan mengikut rentak kita dan bukannya kita mengikut rentak lawan.

Ini penting kerana setiap rentak itu mempunyai senjatanya tersendiri yang boleh memerangkap lawan.

Oleh yang demikian, sekiranya Pahang mampu membaca rentak lawan, mereka mampu mengesan senjata tersembunyi serta memanipulasi senjata itu untuk menjadi satu kelemahan pihak lawan.

Sekiranya ia mampu dilaksanakan dengan baik, maka Pahang mampu memusnahkan pasukan lawan setiap kali perlawanan meskipun berhadapan dengan pasukan kuat seperti Selangor.

Olah itu, dengan banyak lagi baki perlawanan yang masih ada, formula sedemikian harus dicari segera bagi memastikan Pahang mampu pulang dengan piala idaman kita semua.

Sumber : Sinar Harian

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!

Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum