Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Temerloh l MPT sediakan hiburan percuma

Go down

Temerloh l MPT sediakan hiburan percuma Empty Temerloh l MPT sediakan hiburan percuma

Post  Deto_8 Wed Mar 24, 2010 1:01 pm

TEMERLOH – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memperuntukkan RM30,000 setahun bagi memberi hiburan percuma kepada pembayar cukai di Temerloh melalui program Santai Seni yang diadakan sebulan sekali.

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, melalui program itu MPT juga berjaya menghidupkan suasana dengan persembahan seni yang dijayakan artis tempatan dan tanah air.

Menurutnya, selain memberi hiburan secara percuma kepada pembayar cukai ia juga membantu menambah pendapatan artis dengan mengadakan persembahan di sini.

“Boleh dikatakan MPT satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menjayakan program ini yang turut memberi peluang kepada peniaga kecil tempatan meraih pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa program Singgah Mesra Sinar Harian Bersama Warga Temerloh dan Santai Seni MPT di Anjung Semantan, di sini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong; Pengarah Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohd Fauzi; Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Hashim Anang dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed.

Zulkifli berkata, program santai seni diadakan sebulan sekali bertempat di Anjung Semantan, Taman Tasik Bandar Temerloh dimulakan kira-kira setahun lalu.

Selain hiburan, Zulkifli berkata, MPT juga menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk disewa kepada orang ramai di Anjung Semantan termasuk majlis perkahwinan, seminar atau kursus.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, MPT akan mengadakan empat festival kesenian dan kebudayaan daerah ini bermula tahun ini.

“Festival akan diadakan setiap tiga bulan sekali itu bertujuan menggalakkan pelancong berkunjung ke daerah yang terkenal dengan masakan ikan patin.

“Penganjurannya adalah salah satu sumbangan sosial PBT kepada masyarakat dan kita tidak mampu mengadakan festival yang memakan masa sehingga seminggu atau lebih. Cukup sekadar sehari tetapi beri impak besar,” katanya.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum