Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Temerloh l Dirompak dua kali dalam 15 minit

Go down

Temerloh l Dirompak dua kali dalam 15 minit Empty Temerloh l Dirompak dua kali dalam 15 minit

Post  Deto_8 Tue Mar 23, 2010 1:38 pm

KAMPUNG PAYA KELADAN - Empat lelaki bersenjata memasuki sebuah rumah di sini dua kali dalam tempoh 15 minit dan merompak barang kemas RM10,000 daripada dua beranak awal pagi semalam.

Ibu tunggal, Rokiah Mat Sin, 56, berkata, empat lelaki itu, dipercayai warga asing, memecah masuk rumah mereka melalui pintu dapur kira-kira jam 4.

Pada masa itu mereka sedang tidur dan tidak mendengar sebarang bunyi ketika pintu dapur dibuka.

“Kami terkejut apabila lelaki-lelaki itu menendang pintu bilik dan menyerbu masuk.

“Seorang daripada mereka menutup muka ala ninja, sementara yang lain menutup muka mereka dengan baju,” katanya.

Rokiah berkata, seorang daripada lelaki itu menyalakan lampu bilik dan meluru ke arah mereka serta meragut rantai, cincin dan gelang yang mereka pakai.

“Pada masa sama, mereka mengarahkan kami diam, sambil mengacu senjata tajam ke arah kami. Kami ketakutan dan hanya mampu berdoa,” katanya.

Anak gadisnya, Siti Nor Aishah Mat Yusoff, 19, berkata, selepas meragut barang kemas mereka, kesemua lelaki itu keluar daripada rumah itu tanpa menggeledah atau bertanya mengenai wang yang disimpan.

Katanya, ketika mereka menghubungi jiran mereka untuk mendapatkan pertolongan, keempat-empat lelaki itu masuk kembali dan cuba melarikan komputer riba miliknya.

“Bagaimanapun, setelah mendengar bunyi motosikal jiran kami, mereka meninggalkan komputer itu di laman rumah,” katanya.

Siti Nor Aishah berkata, dia bersyukur kerana tidak dicederakan, walaupun mereka mengacukan senjata tajam.

Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh sekitar jam 1 petang, semalam.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum