Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

‘Kerabat raja’ ditahan

+5
termizi2010
Awangmaseru
zulkbo
lepat_ubi
Deto_8
9 posters

Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Kuantan l ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Deto_8 Sun Apr 11, 2010 10:15 pm

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 10 April – Seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan kerana menyamar sebagai kerabat diraja Pahang supaya dapat mengadakan lawatan ke semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini.

Bagaimanapun, penyamarannya dengan menggunakan gelaran Tuan Muda terbongkar apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang, Cherating di sini mengetahui identiti sebenarnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, pelajar berusia 18 tahun itu menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan memakai gelaran Tuan Muda.

“Sebelum mengadakan lawatan ke mana-mana kem PLKN yang dihajatinya, pelajar ini akan menghantar surat yang mempunyai kepala surat tertera nama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memaklumkan kehadirannya.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Deto_8 Sun Apr 11, 2010 10:34 pm

‘Kerabat raja’ ditahan Ne_01.1
sumber : Kosmo
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  lepat_ubi Sun Apr 11, 2010 10:51 pm

ape la motif die wat gitu..
lepat_ubi
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  zulkbo Mon Apr 12, 2010 12:07 am

macam2 dunia ni??? Rolling Eyes Evil or Very Mad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Awangmaseru Mon Apr 12, 2010 8:10 am

MD yang 'berdarah' keturunan raja tapi tak nak pun ngaku kerabat.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  termizi2010 Thu Apr 15, 2010 3:24 pm

agak2 ape yg budak ni fikir ye...
nk kate x pandai..pandai...cemerlang plak tu....
termizi2010
termizi2010
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 155
Points : 164
Join date : 15/04/2010
Age : 39
Location : shah alam/jengka 7

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  koy101 Fri Apr 16, 2010 1:16 am

termizi2010 wrote:agak2 ape yg budak ni fikir ye...
nk kate x pandai..pandai...cemerlang plak tu....

budak tuh xper lagi weh.... hok lagi best...
-aper la yg hok org pangkat besor-besor tuh pikir..... sampai kena tipu dek budak berhingus...... hehehehehe...... baru tul soklannyer.... Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Deto_8 Fri Apr 16, 2010 11:50 pm


Tuan Muda sertai Briged Sukarelawan

BERA – “Dia memang budak yang bijak. Kami tidak sangka dia boleh melakukan sejauh itu,” demikian luahan segelintir penduduk yang ditemui di sekitar kawasan Felda Tementi, Felda Sebertak dan Bandar 32 Bera, dekat sini.

Airina Abd Rashid, 18 berkata, remaja itu sering mengikuti aktiviti Rakan Muda yang diadakan malah pernah menyertai Briged Sukarelawan Banjir pada tahun 2007.

Menurutnya, dia pernah dipelawa menyertai briged itu tetapi menolakkannya kerana tidak berminat.

“Bagi saya, penubuhan briged itu adalah perkara biasa dan pada masa itu saya tidak mengesyaki apa-apa.

“Semasa di sekolah, dia juga menjadi kegemaran pelajar lain apabila menyokongnya sebagai Ketua Pengawas tetapi pencalonannya dibatalkan kerana digugurkan dari jawatan Pengawas Sekolah yang dipegang sejak Tingkatan Tiga,” katanya.

Menurut Airina, remaja itu yang suka menonjolkan dirinya dalam setiap program atau aktiviti yang diadakan sama ada di sekolah atau di kampung menyebabkan perlakuannya ketika bersama-sama pengarah Felda semasa Program Mesra Felda dianggap perkara biasa.

Sementara itu, Saifudin Ismail, 21, berkata, walaupun mengenali remaja yang menggelar dirinya ‘Tuan Muda’ itu sejak dari sekolah rendah tetapi tidak menyangka dia sangat licik menggunakan status berkenaan sehingga rahsianya terbongkar baru-baru ini.

Menurutnya, remaja itu bukan seorang yang agresif tetapi berjiwa lembut malah tidak pernah melakukan perkara yang menimbulkan syak wasangka di kalangan penduduk.

“Semasa Program Mesra Felda, kelakuan ‘Tuan Muda’ itu yang berada bersama golongan tetamu kehormat menjadi tanda-tanya di kalangan penduduk tetapi tidak pernah dipersoalkan kerana sememangnya sikapnya begitu,” katanya.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) Tememti, Ahmad Wok berkata, semasa Program Mesra Felda, dia diberitahu bahawa anak angkat Sultan Pahang akan turut serta menyerikan majlis.

“Semasa melihat kelibat remaja itu bersama-sama pengarah Felda, saya sudah mensyaki sesuatu tetapi tidak melakukan sebarang tindakan kerana mahu menyiasat perkara itu.

“Apabila mengesahkan bahawa tindakan remaja itu adalah tidak betul, saya membuat laporan polis kerana tidak mahu institusi Raja Melayu dipermainkan dan lebih ramai yang tertipu dengan helah remaja itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, apa yang berlaku ini adalah pengajaran kepada masyarakat supaya tidak terus mempercayai apa yang lihat atau didengar melainkan mengesahkan perkara itu terlebih dahulu.

Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan daripada keluarga remaja itu tetapi mereka enggan memberi sebarang komen dan lebih suka mendiamkan diri.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Cik_N Sat Apr 17, 2010 12:39 am

Salam.. hari2 folow perkembangan issue ni dlm paper...kagum betul dgn keberanian luar biasa Tuan Muda ni... Shocked
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  SailorMoon Sat Apr 17, 2010 12:45 am

Cik_N wrote:Salam.. hari2 folow perkembangan issue ni dlm paper...kagum betul dgn keberanian luar biasa Tuan Muda ni... Shocked


TM dah ampunkan dia,
syg mase dpn budok cerdik gitu klu ade kes polis..
Cik N, sok jakel kita?
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Cik_N Sat Apr 17, 2010 12:55 am

SailorMoon wrote:

TM dah ampunkan dia,
syg mase dpn budok cerdik gitu klu ade kes polis..
Cik N, sok jakel kita?


tu ar...mcm2 la org kampung koi nih.. hehe..

JAKEL?????????????? waduhhhhhhh compomm... paling tidak dpt 5 elai kain pasang sok... kul 8 pg dr temerloh........hihihi... moh kiterrr wehh....
Very Happy
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Awangmaseru Sat Apr 17, 2010 1:04 am

Cik_N wrote:
SailorMoon wrote:

TM dah ampunkan dia,
syg mase dpn budok cerdik gitu klu ade kes polis..
Cik N, sok jakel kita?


tu ar...mcm2 la org kampung koi nih.. hehe..

JAKEL?????????????? waduhhhhhhh compomm... paling tidak dpt 5 elai kain pasang sok... kul 8 pg dr temerloh........hihihi... moh kiterrr wehh....
Very Happy

weh... oreng pompuan , takde citer lain.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Cik_N Sat Apr 17, 2010 1:14 am

Awangmaseru wrote:
weh... oreng pompuan , takde citer lain.

opss.. alamak SMoon.. moh kiter lari... sowi ye encik... aggaplah iklan je tu..Razz

erm... nasib baik lah TM kita nih baik hati.. kalau x kesian masa depan budak cerdik tue kannn.... x sabo nak tau keterangan dr pihak "Tuan Muda" ni plak Very Happy
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  zulkbo Sat Apr 17, 2010 1:58 am

koy101 wrote:
termizi2010 wrote:agak2 ape yg budak ni fikir ye...
nk kate x pandai..pandai...cemerlang plak tu....

budak tuh xper lagi weh.... hok lagi best...
-aper la yg hok org pangkat besor-besor tuh pikir..... sampai kena tipu dek budak berhingus...... hehehehehe...... baru tul soklannyer.... Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

main ngaku Tengku-tengku ni
sema jadi gelabah.. Rolling Eyes
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  termizi2010 Sat Apr 17, 2010 12:03 pm

zulkbo wrote:
koy101 wrote:
termizi2010 wrote:agak2 ape yg budak ni fikir ye...
nk kate x pandai..pandai...cemerlang plak tu....

budak tuh xper lagi weh.... hok lagi best...
-aper la yg hok org pangkat besor-besor tuh pikir..... sampai kena tipu dek budak berhingus...... hehehehehe...... baru tul soklannyer.... Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

main ngaku Tengku-tengku ni
sema jadi gelabah.. Rolling Eyes
diharap perkara seperti ini x berulang lagi...
memalukan org negeri je.....
termizi2010
termizi2010
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 155
Points : 164
Join date : 15/04/2010
Age : 39
Location : shah alam/jengka 7

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Yassin Sat Apr 17, 2010 4:13 pm

Mmg memalukan org pahang aje...
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Deto_8 Tue Apr 20, 2010 10:26 am

'Tuan Muda' mahu jadi doktor

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my



‘Kerabat raja’ ditahan Ne_02.1

KUALA LUMPUR - Pelajar cemerlang yang menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang' dikatakan kecewa kerana cita-cita untuk menjadi seorang doktor tidak kesampaian apabila tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (gambar) semasa mendedahkan perkara itu bertitah, ini kerana remaja tersebut hanya memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Dia hanya dapat 9A, 1B, (oleh sebab itu) dia tidak dapat biasiswa, dia mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland," cerita baginda.

Baginda yang juga isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu bertitah demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail di Muzium Negara di sini semalam.

Tunku Azizah berkata, kekecewaan remaja tersebut akibat gagal memperoleh 10A dalam SPM itu dimaklumkan oleh seorang guru yang pernah mengajar remaja tersebut.

Baginda turut mendedahkan motif remaja dengan nama sebenarnya, Zul Ariff Abdullah yang begitu berani bertindak menyamar sebagai Tuan Muda Pahang.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

‘Kerabat raja’ ditahan Empty Re: ‘Kerabat raja’ ditahan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum