Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Sambutan Hari Belia

View previous topic View next topic Go down

Sambutan Hari Belia

Post  jasmi on Sat May 15, 2010 10:30 pm

Tahun ini (2010), Sambutan Hari Belia disambut secara meriah di Putrajaya. Dengan tema, 'Belia Kreatif, Pemacu Pembangunan Negara', sudah semestinya ia amat diberi perhatian oleh semua pihak dan YAB Perdana Menteri sendiri amat prihatin kepada belia.
Sudah tiba masanya, semua pihak berganding bahu dalam membawa satu wardah baru perjuangan belia. Pada tahun ini, TV3 juga mengambil bahagian sambil mengadakan 'Jom Heboh' dan kali ini Sambutan Hari Belia lebih bersifat Karnival. Badan kerajaan dan swasta juga mengambil bahagian. Maka, 'membeliakan masyarakat' amat bertepatan dan dekat dengan jiwa belia malah mencapai aspirasi belia dan negara.
Belia pada hari ini semakin kehadapan. Ramai belia kini merupakan golongan berpendidikan dan inilah hasil daripada usaha kerajaan selama ini untuk membentuk kepimpinan berkualiti di masa hadapan. Perlunya melihat apa yang terbaik buat belia.kita tidak mahu lagi golongan belia berada di barisan belakang dan kurang diberi kepercayaan dan penghargaan. Kita mahukan belia hari ini yang berani tampil memberi pendapat, idea, dan bersama menggerakkan segala usaha. Kita mahu belia yang berani membuat keputusan dan bukan sekadar peserta sahaja. Belia perlu bangkit dan melaksanakan sendiri apajua acara, majlis atau program tanpa terlalu mengharap belas ehsan orang lain.Jangan jadi belia yang terlalu 'bergantung'.
Belia juga perlu bijak, mampu berdikari, kreatif dan inavatif. Belia juga harus diberi kepercayaan. Transformasi memperkasakan belia amat perlu dewasa ini. Zaman telah berubah dan belia tidak sanggup lagi diperlekehkan. Kita sering dihambat oleh permasalahan beliayang terhumban ke lembah hina seperti dadah, perbuatan sumbang, gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Itulah realitinya. Zaman manapun kita, itulah apa yang berlaku kepada golongan muda. Zaman mutakhir ini, terlalu banyak permasalahan berlaku namun sebagai belia yang terdidik dengan agama dan pelajaran, perlulah keluar dari budaya sedemikian.
Marilah kita, membina kembali kekuatan yang ada. Kita sulamkan kembali sejarah pengorbanan pemimpin terdahulu. Kita pacu diri dan negara bangsa kita dengan semangat yang jitu dan jati diri yang ampuh. Kita tidak mahu lagi menjadi beban kepada masyarakat dan negara kita.Buangkan segala kekeruhan, budaya songsang, budaya yang tidak sihat. Kita pegang diri dan iman kita dengan kesucian iman dan kepatuhan kepada Allah. Itulah tunjang kekuatan kita.
Kepada semua belia, selamat Hari Belia. Jadilah belia yang kreatif yang mampu memimpin masa hadapan dan memacu pembangunan negara bangsa.
Sekian.
avatar
jasmi

Posts : 44
Points : 82
Join date : 11/05/2010
Age : 43
Location : Kg New Zealand

http://justme-newzealand.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Sambutan Hari Belia

Post  zulkbo on Sun May 16, 2010 4:12 pm

Di sini saya ingin mengutarakan harapan utama saya kepada beberapa isu semasa yang boleh menjejaskan pembangunan belia seperti yang diharapkan pimpinan negara.
1.Isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa, diharap kajian semula boleh dilakukan terhadap fenomena gaya hidup remaja masakini .Perbanyakkan kempen kesedaran dan aktiviti kerohanian di kalangan belia termasuk di sekolah dan universiti. Isu pembuangan bayi perlu diambil perhatian sewajarnya kerana ia merendahkan "norma morality" bangsa sekiranya ia terus dibiarkan berleluasa.

2.Isu penyalahgunaan dadah yang tidak pernah surut membelenggu belia negara,tidak cukup dengan dadah asli ditambah pula dengan yang tiruan..jatuh bangun sesebuah bangsa adalah bergantung kepada sejauhmana golongan belianya sihat mental dan fizikal, sekiranya sebahagian besar mereka terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah, maka akibatnya impian untuk menjadi bangsa berjaya pasti hanya akan tinggal anganan kosong semata-mata.

3.Isu mat rempit antara yang sering diperkatakan dan sering diperdebatkan.Kita dapat melihat pelbagai usaha yang telah diambil kerajaan,namun masih ada yang meneruskan hobi yang sia-sia ini.Adakah tidak ada penyelesaian isu ini? Sudah tentu ada dan saya berharap pihak kerajaan jangan berputus asa. Teruskan usaha memberi kesedaran kepada muda-mudi ini melalui program-program yang boleh menarik perhatian mereka.

Akhir kata, semoga Hari Belia tahun ini dapat mencorak satu titik permulaan “turning point" kepada sebuah era yang lebih kreatif dan inovatif kepada semua belia negara.
Terima Kasih

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Sambutan Hari Belia

Post  jasmi on Thu May 20, 2010 11:42 pm

Ya, kadang-kadang isu ini saling berkaitan atau kata orang tiga serangkai. Negara bebas dadah 2015 sukar dicapai jika dilihat masalah belia atau remaja dewasa ini. Keruntuhan institusi keluarga, budaya luar yang melalaikan, dan sikap kita sesama kita. Hilangnya pegangan agama, runtuhnya tiang agama dan dosa yang tak berampun, antara sebab anak muda kita kini hanyut.
avatar
jasmi

Posts : 44
Points : 82
Join date : 11/05/2010
Age : 43
Location : Kg New Zealand

http://justme-newzealand.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Sambutan Hari Belia

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum