Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

4 posters

Go down

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1 Empty Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

Post  along Tue Aug 11, 2009 10:44 am

KUANTAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1).

Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.

Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.

"Kita membuat pengawasan dan baginda serta anakanda akan dibenarkan keluar daripada hospital apabila pulih sepenuhnya," katanya.

Mereka ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9; dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7 tahun.

Sementara itu, Tunku Azizah Aminah berkata, keluarga baginda dipercayai dijangkiti daripada anakandanya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini.

Baginda berkata, Tengku Hassanal Ibrahim dan Tengku Muhammad Iskandar yang bercuti daripada belajar di luar negara turut dijangkiti.

"Apa yang merisaukan saya adalah Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma dan radang paru-paru ringan. Anak saya juga kadang-kadang muntah dan meracau. Selain itu, tujuh pekerja istana telah dikuarantin kerana ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.

Baginda juga meminta kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini.

"Saya bimbang kerana pihak tertentu dan orang ramai seolah-olah tidak memandang serius wabak ini. Kesedaran kurang dan majlis yang membabitkan orang ramai masih dianjurkan walaupun penyakit mudah merebak," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1 Empty Re: Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

Post  Mrcipizs Tue Aug 11, 2009 10:47 am

ai bang.. dah ada dh post nie kat topik H1N1... ekekekeke...
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1 Empty Re: Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

Post  zulkbo Wed Aug 12, 2009 1:39 am

kesian kat tunku..simpati dari saya...tapi lagi kesian kat hamba rakyat yang ramai dah meninggal Sad Sad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1 Empty Tengku Puan Pahang, lima anakandanya kian pulih

Post  along Wed Aug 12, 2009 10:19 am

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1 Dn_08_10
Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah dan adindanya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah di Wad Diraja, HTAA di Kuantan, Pahang, semalam.


KUANTAN 11 Ogos - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda yang dimasukkan ke hospital selepas disahkan dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) kini semakin pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, baginda sekeluarga yang ditempatkan di Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagaimanapun masih dalam pengawasan pihak hospital.

''Baginda sekeluarga kini sedang berehat dan diberikan antiviral,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Tunku Azizah Aminah Maimunah dan lima anakanda baginda dimasukkan ke HTAA kerana dijangkiti H1N1, Sabtu lalu.

Kelima-lima anakanda baginda iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom Athiyatullah, 7, dimasukkan ke hospital sama, Jumaat lalu.

Keluarga baginda dipercayai dijangkiti virus itu daripada anakandanya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St. Thomas, di sini.

Khai Mun seterusnya berkata, pihak hospital masih mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan baginda sekeluarga benar-benar pulih sebelum dibenarkan keluar hospital.

Beliau turut meminta rakyat tidak bimbang dengan tahap kesihatan baginda kerana keluarga diraja itu diberi perhatian sepenuhnya oleh pihak hospital.

Sementara itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah ketika dihubungi memberitahu, baginda dan anakandanya berada dalam keadaan baik kecuali Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah.

''Kami diberikan antiviral tetapi keadaan Tengku Muhammad agak membimbangkan kerana menghidap penyakit pneumonia,'' titah baginda.

Baginda seterusnya mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangannya yang menjaga baginda sekeluarga dengan baik.

Tunku Azizah Aminah Maimunah memberitahu, baginda difahamkan doktor yang merawatnya sekeluarga juga didapati positif H1N1.

Baginda berharap kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1 Empty Re: Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

Post  Deto_8 Wed Aug 12, 2009 1:41 pm

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1 Anak2
Anakanda Tengku Mahkota [bertanda merah bersama dengan Julia Rais]
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1 Empty Re: Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum