Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Dollah jurulatih baru Pahang?

2 posters

Go down

Dollah jurulatih baru Pahang? Empty Dollah jurulatih baru Pahang?

Post  Deto_8 Thu Apr 30, 2009 9:57 am

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my

Dollah jurulatih baru Pahang? Su_04.1

SELEPAS mengharungi 13 perlawanan Liga Super musim ini, Pahang nampaknya terus kehilangan rentak.

Selepas perlawanan menentang Kedah malam kelmarin, skuad Tok Gajah itu kini menghuni tangga kedua tercorot liga dengan lapan mata hasil daripada dua kemenangan dan dua kali seri.

Jika kedudukan itu terus kekal sehingga tamat saingan musim ini, Pahang bakal mencipta sejarah tersendiri untuk buat pertama kalinya tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dikhabarkan bakal melakukan perubahan drastik dalam masa terdekat dengan membawa masuk jurulatih Shahzan Muda, Dollah Salleh menggantikan jurulatih Pahang ketika ini, Tajuddin Nor.

Sumber Kosmo! memberitahu, skuad Pahang bakal 'berwajah baru' bermula perlawanan seterusnya bertemu Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan Selasa depan.

"Dollah sejak seminggu lalu sudah turun pada sesi latihan Pahang bagi membantu Tajuddin. Tapi dikhabarkan esok (hari ini) PBNP akan bermesyuarat sama ada untuk memberikan tugas secara rasmi kepada Dollah sebagai jurulatih Pahang.

"Kedudukan Tajuddin selepas ini tidak dapat dipastikan. Tapi kerusi Dollah selaku jurulatih Shahzan Muda mungkin akan diambilalih pengurus Shahzan Muda, Zainal Abidin Hassan," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Selain tampuk kejurulatihan yang berubah, barisan pemain Pahang juga bakal 'berwajah baru' apabila beberapa pemain senior Pahang yang kini beraksi bersama Shahzan Muda mungkin akan dipanggil semula membarisi Pahang.

Ia tidak mustahil kerana pendaftaran kedua pemain bagi saingan Liga Super dan Liga Perdana akan dibuka pada 3 Mei sehingga 2 Jun depan.

"Masalah utama Pahang musim ini ialah kita tiada mempunyai ramai pemain senior untuk membimbing barisan pemain muda ini.

"Mereka memang ada semangat dan berusaha untuk beraksi dengan baik, tapi pengalaman kurang. Ini pertama kali mereka beraksi dalam Liga Super.

"Jadi, difahamkan beberapa pemain senior seperti Azizul Kamaluddin, Jalalludin Jaafar dan Shahril Faizal Shariffuddin akan didaftarkan semula beraksi untuk Pahang mulai Mei ini," jelas sumber itu lagi.

Ditanya adakah kemerosotan Pahang musim ini turut dipengaruhi masalah gaji, sumber itu berkata: "Masalah gaji belum kritikal seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Memang ada kelewatan, tapi ia tak berapa teruk lagi."

Musim ini, skuad Pahang hanya membariskan empat pemain senior iaitu penjaga gol berusia 27 tahun, Remezey Che Ros, Shahrizan Salleh (27), Wan Ezani Wan Ismail (26) dan ketua pasukan, Shukri Ismail (33).

Selebihnya adalah pemain-pemain muda dalam lingkungan usia 20 hingga 25 tahun yang beraksi untuk Shahzan Muda pada musim lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBNP, Ahmad Nazri Mat Noor mengesahkan pihaknya akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan hala tuju pasukan tersebut.

"Tentang pemain, mungkin ada beberapa pemain digugurkan dan pemain baru akan dimasukkan.

"Tapi saya tak dapat nak beritahu nama mereka kerana ia belum diperkenankan oleh Presiden PBNP (Tuanku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah).

"Berhubung pertukaran jurulatih atau pegawai pasukan, itu saya tak boleh komen," katanya.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Dollah jurulatih baru Pahang? Empty Re: Dollah jurulatih baru Pahang?

Post  Mrcipizs Thu Apr 30, 2009 10:03 am

sama je kalu gaji bermasalah.... ekekekekWKA...
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 42
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum