Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

View previous topic View next topic Go down

Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Yassin on Wed Oct 28, 2009 6:58 pm

Oleh: Sulastri Samsuddin
PUSAT RACUN NEGARA, USM

MALAYSIA merupakan negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanannya. Namun begitu, ada antara kita yang tidak dapat menikmati sepenuhnya keenakan makanan yang ada. Mengapa? Salah satu sebabnya mungkin disebabkan mereka mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.

Kajian menunjukkan hampir 25% individu mengatakan mereka mengalami alahan pada makanan. Namun begitu, hanya 2.5% sahaja orang dewasa dan lebih kurang enam hingga lapan peratus kanak-kanak yang kebanyakannya berumur kurang enam tahun sahaja yang benar-benar mengalaminya. Selebihnya, hanya mengalami ketidakserasian makanan bermaksud tindak balas terhadap makanan yang tidak dikehendaki tetapi tidak melibatkan sistem imun.

Alahan berlaku apabila sistem imun badan kita bertindak balas terhadap pro tein tertentu dalam sesuatu makanan. Bagi seseorang yang mengalami alahan pada

makanan, pengambilan yang sedikit sekalipun dapat menyebabkan gejala seperti pembengkakan di bahagian mulut dan tekak, kesukaran bernafas, nafas berbunyi (seperti pesakit asma) atau penurunan tekanan darah secara mendadak yang dikenal sebagai kejutan anafilaksis. Malahan, kesan daripada tindak balas ini kadangkala boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera.

Ramai yang keliru sama ada mereka mengalami alahan makanan atau ketidaksera sian makanan. Ini disebabkan kedua-duanya menunjukkan gejala yang hampir serupa. Tetapi ketidakserasian makanan biasanya hanya memberi kesan ringan sahaja seperti rasa tidak selesa pada perut.

Contoh yang paling biasa dalam kes ketidakserasian makanan ialah tidak toleran laktosa iaitu suatu keadaan ketiadaan enzim tertentu yang diperlukan untuk menghadamkan protein susu. Seseorang itu akan menga lami kecairan pada najis, kembung perut dan mual selepas mengambil produk tenusu seperti susu atau keju.

PUNCA

Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan, tetapi kebanyakan kes alahan hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Biasanya, seseorang yang mengalami alahan hanya akan bertindak balas terhadap makanan tertentu sahaja.

Sistem imun badan kita akan memberi tindak balas berlebihan terhadap protein makanan yang disebut sebagai alergen. Sejenis antibodi yang dipanggil imunoglobulin E atau IgE juga terlibat. Apabila antibodi ini bertemu dengan aler gen tertentu di dalam makanan, la akan menyebabkan pelepasan bahan kimia tertentu yang akan bertindak di pelbagai bahagian badan terutamanya di bahagian kulit, tekak, saluran pernafasan, usus besar dan jantung sehingga menyebabkan gejala yang tidak diingini.

Kebanyakan makanan yang biasa dikaitkan dengan alahan ialah:

Telur
Susu
Gandum
Kekacang (khususnya kacang tanah)
Ikan, udang dan makanan laut lain
Seseorang yang mempunyai sejarah ala han lain seperti ekzema atau asma merupakan individu yang mudah mengalami tindak balas dan biasanya akan membabitkan reaksi lebih serius. Tetapi tidak semua alahan disebabkan oleh IgE, ada juga yang membabitkan mekanisme bukan IgE.

Biasanya, individu yang alah pada salah satu daripada makanan penyebab alahan ini juga akan mendapat alahan kepada makanan yang hampir sama dengannya. Mekanisme ini dipanggil alahan silang makanan. Contohnya:

Seseorang yang alah pada kacang hijau tidak mustahil akan mendapat alahan kepada kacang soya dan pis.

Sesiapa yang alah pada gandum pula mungkin akan alah pada bijirin rai.

Jika alah pada susu lembu, ada kemungkinan akan alah pada susu kambing juga.

Ada juga individu yang alah pada debunga, mungkin akan mengalami alahan silang pada makanan seperti kacang hazel, epal hijau, pie dan badam.

TANDA DAN GEJALA

Anda mungkin akan mengalami gejala alahan sejurus selepas mengambil makanan tersebut, diikuti dengan rasa kelegaan buat seketika tetapi akan berlaku gejala ulangan dalam tempoh tiga hingga empat jam berikutnya.

Gejala alahan yang biasa dilihat ialah:

Gatal dan ruam pada kulit diikuti dengan pembengkakan.

Gatal dan bengkak pada bibir serta mulut.

Kejang perut.

Mual

Muntah

Cirit-birit

Gatal dan mata berair

Hidung berair dan tersumbat

Malahan gejala yang lebih serius yang mungkin berlaku ialah:

Kesukaran bernafas

Ketat dada

Rasa tercekik pada tekak

Pening

Kesemua tanda ini menunjukkan reaksi alahan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Tidak balas yang teruk ini dinamakan sebagai kejutan anafilaksis. Ini biasa dilihat dalam kes alahan membabitkan kacang, ikan dan makanan laut lain, walaupun alahan sebenarnya boleh berlaku pada sebarang jenis makanan. Mereka yang mempunyai sejarah penyakit asma, alahan semasa kanak-kanak, sejarah alahan makanan yang teruk merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat kejutan anafilaksis.

Tindak balas anfilaksis boleh berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin bermula dengan gatal dan bengkak pada kulit serta tekak, kemudian semakin teruk dalam tempoh beberapa jam. Kebanyakan orang mengalami tindak balas ini sejurus selepas mengambil makanan tersebut.

RAWATAN

Sekiranya anda mengalami gejala akibat alahan makanan, segera hubungi doktor anda untuk mengetahui tentang rawatan sewajarnya. Untuk gejala yang ringan seperti gatal-gatal dan ruam pada kulit, rawatan biasa diberikan ialah ubat antihistamina seperti klorfeniramina contohnya PIRITON® dan difenhidramina contohnya BENADRYL®.

Tetapi sekiranya anda mengalami kesukaran bernafas, ketat dada, pening atau lain-lain gejala yang semakin teruk, rawatan yang lebih intensif perlu diberikan. Ini termasuklah penggunaan oksigen, adrenalina, steroid dan ubat-ubatan lain untuk membuka laluan udara dan melegakan gejala tersebut. Tindak balas anafilaksis mungkin mengancam nyawa. Kadangkala rawatan yang agresif dan lebih lama di hospital mungkin diperlukan.

PENCEGAHAN

Kaedah yang paling selamat untuk mencegah alahan daripada berlaku ialah mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan. Berhati-hati kerana alergen mungkin hadir dalam kebanyakan bahan dalam makanan harian kita. Oleh itu, ia boleh menjadi punca kepada kejadian alahan yang tidak dijangka. Berikut ialah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan alahan makanan bagi individu yang pernah mengalaminya:

Sentiasa membaca kandungan yang terdapat dalam makanan pada label.

Apabila makan di luar, pastikan anda bertanya bahan digunakan dalam sajian yang hendak anda pesan.

Berunding dengan pakar pemakanan untuk merancang menu yang selamat kepada anda.

Dapatkan maklumat daripada pertubuhan seperti Food Allergy & Anaphylaxis Network yang berurusan dengan isu khusus seperti alahan makanan di www.foodallergy.org.

Dapatkan buku resipi khas untuk menu bebas alahan.

Rawatan pencegahan seperti imunote-rapi dan beberapa lagi terapi baru yang menyerang molekul IgE dalam badan masih di peringkat penyelidikan dan belum lagi disahkan dapat mencegah tindak balas alahan.

Justeru, sebagai individu atau penjaga kanak-kanak yang mempunyai masalah alahan makanan, anda haruslah bertanggungjawab untuk memilih makanan dengan berhati-hati agar kejadian alahan dapat dielakkan. Oleh itu, pendidikan, pertimbangan dan bantuan sewajarnya daripada doktor, pakar pemakanan, penyedia dan pengeluar makanan amat diperlukan. Kualiti hidup seseorang yang mengalami alahan serius mungkin dapat ditingkatkan jika sokongan seumpama ini dapat diberikan secara konsisten daripada semua pihak terbabit.

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Yassin on Wed Oct 28, 2009 7:00 pm

Kawan kala kena nescafe aje terus pening aloh juge gamok kawan ni.... Very Happy

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  labu sayong on Wed Oct 28, 2009 8:21 pm

Yassin wrote:Kawan kala kena nescafe aje terus pening aloh juge gamok kawan ni.... Very Happy

eiii..jgn mnm sgt la bg yassin..byk kafien.. study

labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 31
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Deto_8 on Wed Oct 28, 2009 8:26 pm

alah tu takdelah....tapi payoh nak makan makanan yang bukan mok kawan masak....

mende tak biasa payoh nak masuk...tapi kalau sekali masuk boleh masuk seterusnya walaupun berulang kali

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!

Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  zulkbo on Wed Oct 28, 2009 9:50 pm

Yassin wrote:Kawan kala kena nescafe aje terus pening aloh juge gamok kawan ni.... Very Happy

tu bukan alah dah tu
aok kena jumpa doctor
tanda umur dah meningkat lah tu
menda ni tak boleh buat main Yassin
maksud koi tanda darah tinggi Rolling Eyes

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Yassin on Wed Oct 28, 2009 10:14 pm

labu sayong wrote:

eiii..jgn mnm sgt la bg yassin..byk kafien.. study

Sungguh laa bender hok byk kafien ngan perasa koi tak bolek kerap ngat makan mekala makan tak pade mamai je hehehe...

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Yassin on Wed Oct 28, 2009 10:24 pm

zulkbo wrote:
tu bukan alah dah tu
aok kena jumpa doctor
tanda umur dah meningkat lah tu
menda ni tak boleh buat main Yassin
maksud koi tanda darah tinggi Rolling Eyes

Kawan kerap juge buat chek doktor zul keknya keknya bender gitu me alhamdulillah tak ada lagi.. darah tinggi, jantung kencing manis x de lagi.... Very Happy keknya kawan mmg ada ngidap sakit kepala migraine.... Crying or Very sad

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Yassin on Wed Oct 28, 2009 10:32 pm

Deto_8 wrote:alah tu takdelah....tapi payoh nak makan makanan yang bukan mok kawan masak....

mende tak biasa payoh nak masuk...tapi kalau sekali masuk boleh masuk seterusnya walaupun berulang kali

mmg hok mok juge x de tolok bandingannya....air tangan ibu mmg best!

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  ozzy on Wed Oct 28, 2009 11:10 pm

[quote="Yassin"]
Deto_8 wrote:alah tu takdelah....tapi payoh nak makan makanan yang bukan mok kawan masak....

mende tak biasa payoh nak masuk...tapi kalau sekali masuk boleh masuk seterusnya walaupun berulang kali
<--lain mcm je ayat ni terconpius plak kwn.. albino :

mmg hok mok juge x de tolok bandingannya....air tangan ibu mmg best!

Nok buat goner makanan dlm rumah kwn ni enak2 saja dong... Laughing

ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Deto_8 on Wed Oct 28, 2009 11:17 pm

double meaning tu Laughing

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!

Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama &amp;amp; Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  zulkbo on Thu Oct 29, 2009 12:00 am

Yassin wrote:
zulkbo wrote:
tu bukan alah dah tu
aok kena jumpa doctor
tanda umur dah meningkat lah tu
menda ni tak boleh buat main Yassin
maksud koi tanda darah tinggi Rolling Eyes

Kawan kerap juge buat chek doktor zul keknya keknya bender gitu me alhamdulillah tak ada lagi.. darah tinggi, jantung kencing manis x de lagi.... Very Happy keknya kawan mmg ada ngidap sakit kepala migraine.... Crying or Very sad

hat tu aok kena dok dalam gelap sokmo
tak leh minum kopi lah...
ubat yang mujarab koi tahu satu
itupun dulu bos koi pun sama
migrainenye..nama ubat tu "Cafergot "
tapi setiap orang lain ubatnye..
tak de apelah..ni dah kira normal
ramai yang begini...

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  zulkbo on Thu Oct 29, 2009 12:02 am

bercerita bab alah makanan
ni koi alah ngan dorian
pantang betul koi ngan durian
PANTANG JUMPA..mesti nak makan
(lawok la sikit) huh huh huh Laughing

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Yassin on Thu Oct 29, 2009 8:01 am

[quote="fourzy"]
Yassin wrote:
Deto_8 wrote:alah tu takdelah....tapi payoh nak makan makanan yang bukan mok kawan masak....

mende tak biasa payoh nak masuk...tapi kalau sekali masuk boleh masuk seterusnya walaupun berulang kali
<--lain mcm je ayat ni terconpius plak kwn.. :

mmg hok mok juge x de tolok bandingannya....air tangan ibu mmg best!

Nok buat goner makanan dlm rumah kwn ni enak2 saja dong...

kok bergitu yaa pak....

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Mrcipizs on Thu Oct 29, 2009 8:56 am

koi setkt nie xdak alahahn lg.. bedal segalanya... selagi halal... ekekekek...

Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 35
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Yassin on Thu Oct 29, 2009 9:07 pm

Mrcipizs wrote:koi setkt nie xdak alahahn lg.. bedal segalanya... selagi halal... ekekekek...

aok mude lela lagi...tunggu laa naik veteran sikit hehehe Very Happy

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  zulkbo on Thu Oct 29, 2009 9:20 pm

Yassin wrote:
Mrcipizs wrote:koi setkt nie xdak alahahn lg.. bedal segalanya... selagi halal... ekekekek...

aok mude lela lagi...tunggu laa naik veteran sikit hehehe Very Happy


tapi selalu bila dah veteran lah
sema menda teringin nak dimakan
mcm orang tua koi (mak)
ada gaout...hat doktor marah tu lah
yang dia suka(kacang panjang)
ayah koi kata dim-diam dia goreng makan
sesorang bila mlm aok tau lah..berdenyut...
cian mak koi Sad

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Yassin on Thu Oct 29, 2009 10:03 pm

zulkbo wrote:
Yassin wrote:
Mrcipizs wrote:koi setkt nie xdak alahahn lg.. bedal segalanya... selagi halal... ekekekek...

aok mude lela lagi...tunggu laa naik veteran sikit hehehe Very Happy


tapi selalu bila dah veteran lah
sema menda teringin nak dimakan
mcm orang tua koi (mak)
ada gaout...hat doktor marah tu lah
yang dia suka(kacang panjang)
ayah koi kata dim-diam dia goreng makan
sesorang bila mlm aok tau lah..berdenyut...
cian mak koi Sad

mmg sian nengok org tua cam tu zul...dah selera dia org nak tahan karang x best juga..

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

Post  Sponsored content Today at 5:45 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum