Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup

4 posters

Go down

Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup Empty Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup

Post  Deto_8 Tue Nov 10, 2009 10:24 am

Sinar Harian

KUANTAN – “Saya sendiri pun sudah tidak yakin anak saya masih hidup”.

Demikian luahan hati Rahim Ashaari, 59, bapa kepada Rasimi Rahim, 32, yang masih belum dijumpai setakat petang semalam, selepas dipercayai lemas ketika mandi di kawasan Perkelahan Pasir Kubur dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia bersama ahli keluarga lain masih setia menunggu di lokasi kejadian untuk mengikuti perkembangan terbaru kerja mencari dan menyelamat yang dijalankan pasukan keselamatan sejak petang kelmarin.

“Mereka juga berpendapat sama, berdasarkan cerita rakannya yang melihat dia terkapai-kapai sebelum tenggelam.

“Saya berharap dia dapat dijumpai, supaya dia dapat disemadikan dengan sempurna,” katanya ketika ditemui semalam.

Rahim yang menunggu di khemah bersama ahli keluarga lain, turut dilihat menenangkan seorang anaknya yang hanya dikenali sebagai Mona yang menangis kesedihan.

Ibu mangsa juga dikatakan enggan mendekati tempat kejadian kerana dipercayai terlalu sedih.

Kawasan rekreasi itu pagi semalam dipenuhi penduduk setempat dan orang ramai yang ingin melihat lebih dekat, kerja mencari dan menyelamat yang dijalankan anggota keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof yang ditemui di tempat kejadian berkata, operasi yang ditangguhkan pada jam 7 petang kelmarin diteruskan semula kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

“Jumlah anggota yang terlibat dalam kerja mencari dan menyelamat juga ditambah dari 46 orang kelmarin, kepada 50 orang hari ini (semalam), termasuk empat juruselam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang turut membantu mencari mangsa.

:“Operasi mencari dan menyelamat ini dijalankan sejauh lima kilometer (km) dari lokasi terakhir mangsa dilihat, membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan Gerakan Marin (PGM), TLDM dan anggota dari balai polis berdekatan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar menjauhi tempat perkelahan, terutamanya di kawasan hulu sungai dan tempat yang tinggi berikutan keadaan arus air yang deras kini.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang seperti hujan lebat menyebabkan arus air menjadi deras dan merbahaya.

“Oleh itu, saya minta orang ramai elakkan daripada mengunjungi tempat-tempat sebegini buat sementara waktu,” katanya.

Rasimi yang bekerja dengan syarikat menjual kereta di Jalan Beserah di sini, dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus sungai yang deras ketika mandi di kawasan perkelahan itu bersama dua rakannya.

Ketika mereka bertiga mandi di sebalik batu besar, salah seorang daripada mereka dihanyutkan air deras lalu lemas.

Ketika seorang rakannya cuba menyelamatkan rakannya yang lemas, mangsa pula dihanyutkan air tetapi rakannya tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan begitu pantas.

Sinar Harian difahamkan, operasi mencari dan menyelamat Rasimi ditangguhkan pada jam 6 petang semalam dan akan disambung semula pada jam 8 pagi hari ini.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup Empty Re: Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup

Post  Jeck Sparow Tue Nov 10, 2009 10:28 am

Sama samalah kita beringat tekala musim hujan ni jauhkan la aktiviti untuk mengunjungi tempat tempat yang berkenaan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian.....
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup Empty Re: Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup

Post  WADY Tue Nov 10, 2009 10:30 am

takziah utk keluarga mangsa... harap mangsa dpt dijumpai segera....

harap menjadi pengajaran utk org lain supaya jgn pergi ke tempat seperti itu
buat masa skarang... cuaca pong tak menentu skarang....
WADY
WADY
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 148
Points : 169
Join date : 07/11/2009
Age : 47
Location : Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur {PCC 142}

Back to top Go down

Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup Empty Re: Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup

Post  Deto_8 Tue Nov 10, 2009 10:31 am

Pasir Kubur ni kat mana?..tak pernah dengar lah pulak
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup Empty Re: Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup

Post  MD Tue Nov 10, 2009 10:33 am

Deto_8 wrote:Pasir Kubur ni kat mana?..tak pernah dengar lah pulak

Sg Lembing...belah sana
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup Empty Re: Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup

Post  WADY Tue Nov 10, 2009 10:38 am

MD wrote:
Deto_8 wrote:Pasir Kubur ni kat mana?..tak pernah dengar lah pulak

Sg Lembing...belah sana

kalau tak silap nama lainnya kuala kenau... kalau salah tolong betulkan...
WADY
WADY
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 148
Points : 169
Join date : 07/11/2009
Age : 47
Location : Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur {PCC 142}

Back to top Go down

Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup Empty Re: Kuantan :: Bapa tidak yakin anak masih hidup

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum