Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86

Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Bapa kematian anak kesal sikap penternak

+6
ozzy
Deto_8
OTAIkutai
lepat_ubi
Yassin
along
10 posters

Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  along Tue Sep 15, 2009 12:05 pm

NENASI – Seorang bapa yang kehilangan anaknya akibat kemalangan jalan raya pada 4 September lalu kesal dengan sikap penternak kerbau yang berkeliaran khususnya pada waktu malam sehingga menyumbang kepada kemalangan.

Menceritakan kembali peristiwa tersebut, Tengku Rozali Tengku Hassan, 56, berkata, anaknya yang juga pelajar di Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Nenasi.

“Anak saya, Tengku Mohd Nasaruddin, 22, kebiasaannya akan pulang pada setiap hujung minggu untuk bertemu keluarga dan anak kelima daripada sepuluh beradik ini pulang dengan motosikal pada waktu malam.

“Pada hari kejadian, anak saya memberitahu bahawa dia akan berbuka puasa di bandar Pekan sebelum bertolak pulang ke rumah pada jam 9 malam pada hari yang sama,” katanya ketika ditemui di sini.

Tengku Rozali berkata, sewaktu dalam perjalanan anaknya terlibat dalam kemalangan di kawasan perkampungan Tanjung Batu di mana dia terlanggar sekumpulan kerbau yang berkeliaran di tengah jalan tanpa sebarang pengawasan daripada penternaknya.

“Keadaan yang gelap tanpa lampu jalan dan hanya bergantung kepada lampu kenderaan menyebabkan penglihatan pengguna jalan di sini terhad dan risiko kemalangan yang dihadapi adalah tinggi.

“Kecederaan parah di bahagian kepala menyebabkan anak saya meninggal dunia serta merta di tempat kejadian dan kami sekeluarga amat terkejut dan kesal dengan kemalangan yang menimpanya,” katanya.

Dia berkata, walaupun reda dengan takdir yang menimpa anaknya namun dia kesal dengan sikap penternak yang tidak mengawasi ternakan mereka dengan baik sehingga menyebabkan kehilangan nyawa pengguna jalan raya.

“Sambutan hari raya pada tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun lalu kerana keluarga kami kehilangannya di dalam bulan Ramadan yang mulia ini dan perasaan sedih pasti mengiringi Aidilfitri kali ini.

“Kami reda dengan pemergiannya dan berharap agar penternak lebih peka dengan keadaan ini dan tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa sebarang pengawasan,” katanya.

Menurutnya, satu majlis dialog bersama Jabatan Haiwan dan agensi berkaitan diadakan baru-baru ini dan dia berharap agar pihak terbabit lebih agresif dalam menjalankan tugas mereka.

“Saya berharap mereka mengotakan janji untuk menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran pada waktu malam tanpa sebarang pengawasan bagi mengelak kemalangan ini berulang kepada orang lain pula,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Awi Yusof, 53, mengalami kecederaan selepas mengalami kemalangan di kawasan yang sama selepas melanggar sekumpulan kerbau yang berkeliaran.

“Kereta saya rosak teruk dan saya mengalami kecederaan pada malam berikutnya iaitu selepas kemalangan yang mengakibatkan Tengku Mohd Nasaruddin maut melanggar haiwan ternakan penduduk berhampiran.

“Saya turut berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil tindakan tegas terhadap penternak khususnya di sepanjang jalan Pekan-Nenasi yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran bagi mengelak sebarang kemalangan melibatkan haiwan berkeliaran berulang kembali,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Ishak Muhamad yang ditemui turut kesal dengan kejadian yang berlaku dan berharap agar penternak lebih peka dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  Yassin Tue Sep 15, 2009 12:24 pm

Itulah sikap org kita...lembu/ kerbau boleh beli, kandang tak mampu nak buat, lebih mahal membeli seutas tali.... boleh meren kala nak mikir bender cam nei...
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  lepat_ubi Tue Sep 15, 2009 12:29 pm

kek nye nak membela lembu kerbau sangat...jage nye tidak...bile ada hok yg eksiden mule tak mengaku...diam ke diri jer...
lepat_ubi
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  OTAIkutai Tue Sep 15, 2009 2:01 pm

lepat_ubi wrote:kek nye nak membela lembu kerbau sangat...jage nye tidak...bile ada hok yg eksiden mule tak mengaku...diam ke diri jer...

5/6 tahun lepas sepupu kwn pelajar Uitm Dungun pun terkorban dek terlanggar haiwan
peliharaan ni....mungkin area yg sama kott...
n kwn sendiri pernah mengalaminyer...tp ni kat area Kuala Pilah N9
mujur tkder aper2 cumer lampu depan (kanan) jer yg bersepaiii..
Tok skolah punyer penternak....
OTAIkutai
OTAIkutai
COACH
COACH

Posts : 92
Points : 96
Join date : 17/04/2009
Age : 62

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  along Tue Sep 15, 2009 3:08 pm

cam mana klau langgar b**i hutan????
tu haiwan peliharaan jugak ke????
ekekekeke
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  Deto_8 Tue Sep 15, 2009 3:18 pm

along wrote:cam mana klau langgar b**i hutan????
tu haiwan peliharaan jugak ke????
ekekekeke

ekekeke...

2 taun lepas kawan langgor b**i kat sabak bernam time balik raya....bukan langgar lari tapi langgar b**i yang dah mati...mantap giler badan dia...siap dah kena gelek pun steady je...cam takde apa2...
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  along Tue Sep 15, 2009 3:22 pm

Deto_8 wrote:
along wrote:cam mana klau langgar b**i hutan????
tu haiwan peliharaan jugak ke????
ekekekeke

ekekeke...

2 taun lepas kawan langgor b**i kat sabak bernam time balik raya....bukan langgar lari tapi langgar b**i yang dah mati...mantap giler badan dia...siap dah kena gelek pun steady je...cam takde apa2...

aok boleh la blaja ilmu kebal ngan natang b**i tu.....
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  ozzy Tue Sep 15, 2009 5:24 pm

Deto_8 wrote:
along wrote:cam mana klau langgar b**i hutan????
tu haiwan peliharaan jugak ke????
ekekekeke

ekekeke...

2 taun lepas kawan langgor b**i kat sabak bernam time balik raya....bukan langgar lari tapi langgar b**i yang dah mati...mantap giler badan dia...siap dah kena gelek pun steady je...cam takde apa2...

kete dah samak lum ??
masuk 2 kali raya dah kira ni...
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  Deto_8 Tue Sep 15, 2009 5:27 pm

fourzy wrote:

kete dah samak lum ??
masuk 2 kali raya dah kira ni...

dah...masa tu tanya Imam Besar Masjid Negeri Perak camne caranya kalau nak samak kereta...kamcing ngan dia sebab sondol belakang keter dia kat Kuala Selangor... Laughing
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  Mrcipizs Tue Sep 15, 2009 5:37 pm

goner nak samak? kongsi sket..
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  along Tue Sep 15, 2009 5:43 pm

Mrcipizs wrote:goner nak samak? kongsi sket..

aok penoh langgar natang tu ke????
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  Mrcipizs Tue Sep 15, 2009 5:45 pm

xpenah.. sekadar ingin tahu..
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  Deto_8 Tue Sep 15, 2009 5:49 pm

tiada yang luar biasa...

pakai air tanah sekali & pastu 6 kali air biasa di tempat yang dirasakan kena...
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  along Tue Sep 15, 2009 5:52 pm

Deto_8 wrote:tiada yang luar biasa...

pakai air tanah sekali & pastu 6 kali air biasa di tempat yang dirasakan kena...

tq ustat deto....
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  zulkbo Wed Sep 16, 2009 2:41 am

kat jengka pun banyak keluar
lembu-lembu ni di jalan bila malam
risau keh kalau driving malam balik jengka
nasib baik lembu cerah sket dari kerbau
nampok la juga..dulu-dulu byk yang langgor
sekarang tak tau lah..
mintak dijauhkan lah... Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  ebe Wed Sep 16, 2009 3:01 am

hati2 weh.. kawan penoh sekali langgor.. dah le naik kancil.. waktu tuh tak laju pon speed d anggarkan 75km/h.. remuk kancil buruk kawan.. lembu tuh patah kaki... kesian plak kat die... tapi sapa nak kesian kat kawan... sedey jerrrrrr....
ebe
ebe
Security Guard
Security Guard

Posts : 414
Points : 5452
Join date : 14/09/2009
Age : 40
Location : Technology Park Malaysia

http://www.bisneskad.biz

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  zulkbo Wed Sep 16, 2009 3:26 am

ebe wrote:hati2 weh.. kawan penoh sekali langgor.. dah le naik kancil.. waktu tuh tak laju pon speed d anggarkan 75km/h.. remuk kancil buruk kawan.. lembu tuh patah kaki... kesian plak kat die... tapi sapa nak kesian kat kawan... sedey jerrrrrr....

kalu bwk parang terus
sembelih jer..
daging sedekah kat masjid
takkan tuan dia datang nak mengaku
lembu lepas merata Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  ebe Wed Sep 16, 2009 3:33 am

zulkbo wrote:
ebe wrote:hati2 weh.. kawan penoh sekali langgor.. dah le naik kancil.. waktu tuh tak laju pon speed d anggarkan 75km/h.. remuk kancil buruk kawan.. lembu tuh patah kaki... kesian plak kat die... tapi sapa nak kesian kat kawan... sedey jerrrrrr....

kalu bwk parang terus
sembelih jer..
daging sedekah kat masjid
takkan tuan dia datang nak mengaku
lembu lepas merata Very Happy

takut weh sebab lembu tuh mcm maroh ke kawan
ebe
ebe
Security Guard
Security Guard

Posts : 414
Points : 5452
Join date : 14/09/2009
Age : 40
Location : Technology Park Malaysia

http://www.bisneskad.biz

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  labu sayong Wed Sep 16, 2009 11:10 pm

ebe wrote:

mat aouk tau ye die maroh ke aouk...
labu sayong
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  ebe Thu Sep 17, 2009 6:20 am

labu sayong wrote:
ebe wrote:
zulkbo wrote:
ebe wrote:hati2 weh.. kawan penoh sekali langgor.. dah le naik kancil.. waktu tuh tak laju pon speed d anggarkan 75km/h.. remuk kancil buruk kawan.. lembu tuh patah kaki... kesian plak kat die... tapi sapa nak kesian kat kawan... sedey jerrrrrr....

kalu bwk parang terus
sembelih jer..
daging sedekah kat masjid
takkan tuan dia datang nak mengaku
lembu lepas merata Very Happy

takut weh sebab lembu tuh mcm maroh ke kawan

mat aouk tau ye die maroh ke aouk...

dier jeling lain macam jer... hahhahahha
ebe
ebe
Security Guard
Security Guard

Posts : 414
Points : 5452
Join date : 14/09/2009
Age : 40
Location : Technology Park Malaysia

http://www.bisneskad.biz

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  Yassin Thu Sep 17, 2009 9:23 am

ebe wrote:
labu sayong wrote:
ebe wrote:
zulkbo wrote:
ebe wrote:hati2 weh.. kawan penoh sekali langgor.. dah le naik kancil.. waktu tuh tak laju pon speed d anggarkan 75km/h.. remuk kancil buruk kawan.. lembu tuh patah kaki... kesian plak kat die... tapi sapa nak kesian kat kawan... sedey jerrrrrr....

kalu bwk parang terus
sembelih jer..
daging sedekah kat masjid
takkan tuan dia datang nak mengaku
lembu lepas merata Bapa kematian anak kesal sikap penternak Icon_biggrin

takut weh sebab lembu tuh mcm maroh ke kawan

mat aouk tau ye die maroh ke aouk...

dier jeling lain macam jer... hahhahahha

Yass...met gitu pulokkkkkkkkk
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Bapa kematian anak kesal sikap penternak Empty Re: Bapa kematian anak kesal sikap penternak

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum