Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Bera :: 85 sertai Bera Dirtbike Challenge 2009

2 posters

Go down

Bera :: 85 sertai Bera Dirtbike Challenge 2009 Empty Bera :: 85 sertai Bera Dirtbike Challenge 2009

Post  Deto_8 Tue Dec 01, 2009 9:05 am

BERA – Seramai 85 orang peminat motocross menyertai Kejohanan Bera Dirtbike Challenge 2009 membuktikan sukan ini mula digemari rakyat Malaysia.

Naip Pengerusi Jawatankuasa Program, Ahmad Azizi Abdul Malek berkata, kejohanan itu dianjurkan oleh Kelab Pemilik Motorcross Kuala Bera yang turut mengundang peminat motocross seluruh negara untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam sukan ini.

Menurutnya, daripada lima kategori yang dipertandingkan, kategori Cubcross menerima penyertaan seramai 46 orang.

“Sepanjang kejohanan berlangsung, kita menggunakan satu-satunya litar motocross di daerah ini iaitu di Kuala Bera yang juga merupakan pemangkin kepada setiap aktiviti motocross di sini.

“Kejohanan ini dirangka untuk menyemarakkan sukan di kalangan belia setempat di samping memberi peluang kepada mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah,” katanya.

Ahmad Azizi berkata, walaupun sukan ini telah lama bertapak di negara ini, tetapi masih ramai yang belum mengenali sukan ini sepenuhnya.

Katanya, selain mahu memperkenalkan lebih dekat sukan ini, ia dapat melahirkan belia yang sihat dan cergas sekiranya mereka terlibat dalam sukan ini.

Beliau berkata, ini merupakan salah satu cara untuk membanteras kegiatan rempit di kalangan generasi muda di daerah ini.

Kata Ahmad Azizi, secara tidak langsung, mereka dapat meningkatkan kemahiran dalam sukan ini, dan bakat mereka boleh digilap untuk menyertai sukan ini pada peringkat yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, buat masa ini, beliau berkata, semua perbelanjaan untuk melaksanakan hobi pada sukan ini ditanggung sendiri oleh peserta.

“Kita berharap, ada pihak penganjur yang boleh menyumbang untuk memajukan lagi sukan di sehingga boleh meletakkan sukan ini turut digemari seluruh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, walaupun baru pertama kali menganjurkan kejohanan seumpama ini, penyertaan peserta menunjukkan ia berjaya.

Pada kejohanan itu, pasukan dari Selangor memenangi kategori Klasik dan Cubcross, manakala kategori Motocross Expert dan Motocross Open Junior dirangkul peserta dari Johor.

Pahang pula boleh berbangga dengan kemenangan keseluruhan dalam kategori Motocross Veteran, sementara kategori Klasik dan Cubcross memenangi tempat ketiga hingga kelima, dan tempat ke dua dan kelima bagi kategori Motocross Open Junior.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Bera :: 85 sertai Bera Dirtbike Challenge 2009 Empty Re: Bera :: 85 sertai Bera Dirtbike Challenge 2009

Post  sakur@86 Tue Dec 01, 2009 10:22 am

koi ade gak ge tgk motocross 2...untuk maklumat lebih tepat lokasi Dirtbike Challenge 2009 2 sebenornye di kampung Paya Serai..glamor kole bera yek...huhu..emmm mmg hebat pun tgk budak2 muda ni berlumba di tempat yang betul...terserlah keaksian hero dorang...untuk kategori veteran pun xkurang hebatnye..melambung-lambung ke udara ge2...hehehe... cheers cheers rabbit bounce [/color][/color]
sakur@86
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum