Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Bera :: Siti gembira dapat rumah baru

2 posters

Go down

Bera :: Siti gembira dapat rumah baru Empty Bera :: Siti gembira dapat rumah baru

Post  Deto_8 Wed Dec 16, 2009 11:23 am

Bera :: Siti gembira dapat rumah baru 6185493

KAMPUNG BATU PAPAN – Seorang warga emas sukar menggambarkan perasaan gembiranya apabila rumah usang dan hampir roboh itu mendapat perhatian kerajaan.

Siti Mohamed, 80, berkata, prihatin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Papan, membolehkannya menjalani hidup lebih selesa.

Menurutnya, hanya ucapan terima kasih mampu dilafazkan kepada semua pihak sudi membantu bermula daripada permohonan sehingga kerja membina semula rumah barunya.

“Saya terharu kerana dapat perhatian semua pihak terutama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai dan JKKK,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kerja membaik pulih rumah warga emas itu dilakukan secara gotong-royong membabitkan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Guai, JKKK Kampung Batu Papan Tengah, Gerakan Belia 4B Kawasan Bera dan Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat Parlimen Bera serta Rejimen Altenari Diraja Kem Batu 3, Temerloh.

Hadir sama ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman; Pengerusi JKKK, Mohamad Talib; Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bera, Asmawi Harun; Bendahari Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat, Marsinah Marwi dan 20 tentera diketuai Sarjan Ajut Anak Kasa.

Peruntukkan bagi menjayakan gotong-royong itu adalah melalui dana kerajaan RM10,000 yang disalurkan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, Prokhas Sdn Bhd melalui Program Amal Jariah.

Siti berkata, sebelum ini, dia langsung tidak mengetahui mengenai program itu, apatah lagi untuk memohon bantuan.

“Saya bersyukur kerana JKKK sanggup bantu saya dalam perkara ini.

“Selepas rumah ini siap, saya akan mengajak kakak tinggal bersama supaya tidak sunyi,” katanya.

Pada program itu, rumah warga emas itu dirobohkan 100 peratus dan kerja mendirikan tapak rumah siap dalam masa sehari.

Bagaimanapun, rumah baru warga emas itu siap dalam tempoh dua minggu, manakala JKKK dan Gerakan Belia 4B Kawasan Bera akan sambung kerja itu.

Kini Siti menetap di rumah anak saudaranya sementara menunggu rumah barunya siap.

sumber : sinar harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Bera :: Siti gembira dapat rumah baru Empty Re: Bera :: Siti gembira dapat rumah baru

Post  zulkbo Fri Jan 15, 2010 2:23 pm

koi ingat Dato Ct dah pindah
ke era tadi..he he Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum