Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

2 negeri sedia naik mas kahwin

2 posters

Go down

2 negeri sedia naik mas kahwin Empty 2 negeri sedia naik mas kahwin

Post  along Thu Dec 17, 2009 1:03 pm

Johor, Terengganu mahu ikut jejak Selangor tetapkan kadar baru RM300

KUALA LUMPUR: Johor dan Terengganu sedia mengikut jejak langkah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menaikkan mas kahwin daripada RM80 kepada RM300, manakala beberapa negeri lain mengekalkan kadar sedia ada.

Di JOHOR, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata sudah tiba masanya jabatan agama di seluruh negara mengubah semula mas kahwin seiring peredaran zaman.

"Di negeri ini, memang ada perancangan untuk membincangkan kadar mas kahwin yang sudah diguna pakai lebih 70 tahun.

"Mas kahwin ialah pemberian istimewa bakal suami serta hak pengantin perempuan, jadi ia perlu diletakkan dengan nilai istimewa," katanya, di sini.

Di KUALA TERENGGANU, langkah Jais menetapkan mas kahwin RM300 wajar diikuti negeri lain supaya kadarnya diselaraskan serta mengelak kekeliruan kepada bakal pengantin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan menyelaraskan kadar mas kahwin, bagaimanapun ia tertakluk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

Di KUANTAN, Pahang tidak bercadang mengikut langkah Selangor sebaliknya kadar RM22.50 bagi negeri ini akan dikekalkan.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, berkata buat masa tidak ada pihak mencadangkan mas kahwin di negeri ini dinaikkan.

Di KUCHING, Jabatan Agama Islam Sarawak tidak bercadang menaikkan mas kahwin.

Pembantu Hal Ehwal Agama Islam Bahagian Undang-Undang Syarienya, Sakinah Harun, berkata perkara itu pernah dibincangkan dan pihaknya memutuskan tidak menaikkan mas kahwin yang kini pada kadar mas RM120.

Di PULAU PINANG, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Sazali Hussein, berkata setakat ini negeri terbabit tidak mempunyai kadar tetap mas kahwin.

"Kita tidak bercadang menggubal dasar baru berkenaan perkara itu pada masa terdekat ini," katanya.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong kenaikan mas kahwin dan mahu kadarnya ditetapkan sama rata antara dara dan janda.

Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata Pahang patut dicontohi kerana tidak membezakan mas kahwin.

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) pula menyifatkan kenaikan mas kahwin di Selangor tidak membebankan dan pengiktirafan kepada wanita.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar, berkata beliau tidak bersetuju kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa, anak dara tua meningkat ekoran kenaikan mas kahwin.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

2 negeri sedia naik mas kahwin Empty Re: 2 negeri sedia naik mas kahwin

Post  faisalmik Thu Dec 17, 2009 1:27 pm

setakat RM300...Along takde masalahnya...hehe...
faisalmik
faisalmik
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 698
Points : 744
Join date : 15/04/2009
Age : 49
Location : Wangsa Maju/Teluk Baharu

http://www.tokgajah.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum