Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pilihan mStar: 10 Kontroversi Dunia Seni 2009

View previous topic View next topic Go down

Pilihan mStar: 10 Kontroversi Dunia Seni 2009

Post  zulkbo on Tue Dec 29, 2009 10:47 am


Tahun 2009 mencatatkan dugaan besar buat aktres berkarisma, Ida Nerina. Pertama, dunia hiburan dikejutkan dengan insiden aktres itu tergelincir tangga di kediamannya sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang belakang, 21 Jun lalu.


Kisah 'panas' tentang aktres popular ini lebih rancak menghiasi dada akhbar dan liputan media berbanding karier seninya. Tahun 2009, Fasha sekali lagi menggegarkan industri seni dia membuat pengakuan pernah dilamar empat kali dan juga sudah empat kali menerima cincin.

Empat lelaki - Ally Iskandar, Rizal Ashram dan seorang lelaki misteri adalah empat lelaki yang menjadi bualan hangat dan dikaitkan dengan kisah lamaran aktres penuh kontroversi. Namun, kebenarannya hanya Fasha sahaja yang tahu. Sehingga hari ini, Fasha masih lagi berteka teki mengenai identiti temannya itu


Perang dingin antara penerbit dan pelakon, Hans Isaac dengan aktor dan pengacara, AC Mizal yang tercetus semasa pementasan teater muzikal Cuci The Musical (CTM) antara cerita kontroversi yang paling menarik dalam tahun 2009. Ketegangan antara Hans dan AC bermula apabila pemilik produksi Tall Order Productions itu mendakwa AC tidak berdisiplin dan kurang memberikan kerjasama untuk pementasan teater tersebut.


Isu gambar intim antara dua pelakon Spa Q 2, Azizah Mahzan dan Zaefrul Nordin yang tersebar di internet sekitar Februari lalu turut menjadi perbualan hangat di dalam industri hiburan tahun ini. Gambar tersebut boleh menimbulkan salah faham ke atas sesiapa yang melihatnya kerana tidak wujud langsung batasan di antara kedua-dua pelakon ini. Lebih 'panas', terdapat sekeping gambar yang menunjukkan botol minuman keras antara banyak-banyak gambar yang disebarkan itu.


Kisah penceramah bebas dan penyanyi nasyid, Akhil Hayy dengan dua wanita ini telah menjadi bualan ramai berbulan-bulan lamanya. Hampir dua tahun kisah 'panas' antara Waheeda dan Akhil begitu hebat diperkatakan. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil


Perang besar antara mereka bermula apabila komposer terkenal, Julfekar mendakwa Farawahida telah melanggar kontrak dengan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd (MASB) dan penyanyi itu masih mempunyai kontrak pilihan setahun.

Penyanyi lagu Persoalan Cinta itu dikatakan pernah menghantar surat sebanyak dua kali untuk keluar daripada pengurusan MASB pada Februari dan awal Jun lalu, namun permintaannya ditolak memandangkan kuasa menamatkan kontrak pilihan bergantung kepada MASB.


Kisah 'ketegangan' antara dua selebriti ini bukan lagi cerita baru dalam dunia seni tempatan. Semuanya gara-gara Fasha dikatakan menjadi punca perceraian Nora dengan Rizal Ashram pada tahun lalu.

Namun, Fasha akui sentiasa bersikap profesional dan boleh bekerjasama dengan Nora di dalam mana-mana drama mahupun filem. Persetujuan dua aktres ini untuk membintangi drama bersiri Spa Qistina menjadi perhatian ramai kerana ia adalah gandingan mereka buat pertama kalinya selepas kontroversi itu.


Sekitar Jun lalu, kecoh tentang insiden 'tampar-menampar' yang membabitkan pelakon Haleeda dan isteri kepada pelakon drama bersiri Kecuali Cintamu iaitu Shah Hassan.

Isteri Shah telah menyerbu lokasi penggambaran drama itu yang dibintangi oleh Shah dan Haleeda di Bukit Jelutong dan 'menyerang' Haleeda yang dikatakan ada hubungan dengan suaminya. Disebabkan itu. Haleeda dan Shah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam sejurus insiden tersebut.


Awal bulan ini, Remy Ishak atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak dibelasah oleh sekumpulan lelaki ketika ingin menuju ke bilik persalinannya di dalam Istana Budaya (IB) sebaik pementasan teater Natrah dan sesi beramah-mesra dengan penonton berakhir.

Remy diserang oleh tujuh orang lelaki yang berjaya melarikan diri setelah kejadian tersebut disedari oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.


Kontroversi perkahwinan rahsia aktres jelita Zizie Ezette dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin adalah antara kisah panas yang menjadi 'penutup' tirai 2009.

Mereka dikatakan telah pun bernikah awal Disember lalu, namun masing-masing menafikan tentang perkara itu.

'Sandiwara' mereka berterusan apabila Zizie, Bung Mokhtar dan ibu Zizie, Khaty Fauziah menafikan sekeras-kerasnya tentang perkahwinan tersebut walaupun ada di antara ahli-ahli parlimen yang merupakan rakan kepada Bung Mokhtar sendiri mengaku pasangan telah berkahwin.

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/12/29/mstar_hiburan/20091228144940&sec=mstar_hiburan

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Pilihan mStar: 10 Kontroversi Dunia Seni 2009

Post  zulkbo on Sun Jan 24, 2010 1:14 am

gini gayanya lah dunia artis ..
penuh dengan kontroversi..
kekadang macam sengaja diadakan... scratch

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum