Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Bukan lagi pekan koboi

4 posters

Go down

Bukan lagi pekan koboi Empty Bukan lagi pekan koboi

Post  along Thu Apr 01, 2010 4:16 pm

Bukan lagi pekan koboi Wt011
STESEN bas yang dibina dengan kos bernilai RM500,000
memudahkan pengangkutan penumpang bas Mara Liner
dari pelbagai destinasi ke Sungai Koyan, Kuala Lipis.


KUALA LIPIS 31 Mac - Sungai Koyan yang terletak dalam mukim Hulu Jelai dekat sini bukanlah sebuah pekan yang popular bagi penduduk di Pahang.

Malah bagi penduduk setempat, Sungai Koyan lebih dikenali sebagai 'pekan koboi' berikutan kebanyakan struktur bangunan di pekan itu diperbuat daripada kayu dan ada yang berusia lebih 50 tahun.

Namun, dengan kepesatan ekonomi negeri ini, Sungai Koyan juga tidak ketinggalan menerima tempias pembangunan tersebut.

Sungai Koyan yang menjadi tempat kelahiran chef terkenal, Datuk Ridzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, bakal berubah wajah menjadi pusat pertumbuhan baru tidak lama lagi.

Sejajar dengan lokasinya yang berhampiran dengan Taman Negara Kuala Tahan, ia bakal dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan selain industri berasaskan pertanian.

Kerancakan projek premis perniagaan yang telah dan akan dibangunkan memang tidak dinafikan lagi.

Pekan Sungai Koyan akan menjadi dominan sebagai pusat tumpuan golongan peneroka gugusan berkenaan, penduduk Melayu persisiran Sungai Jelai dan Orang Asli di pedalaman Pos Betau.

Sungai Koyan juga akan menjadi rangkaian perniagaan sejajar pertumbuhan bandar Kuala Lipis dan Raub yang menjadi nadi utama penduduk kawasan Hulu Jelai dan Batu Talam termasuk Orang Asli yang tinggal di pos penempatan berdekatan.

Tinjauan Utusan Malaysia di pekan itu mendapati beberapa premis perniagaan yang baru telah siap dibina iaitu dua Bazar Rakyat yang dibangunkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) masing-masing bernilai RM1.8 juta, Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bernilai RM200,000 dan Pasar Besar Sungai Koyan yang berharga RM350,000 yang dijangka beroperasi awal tahun depan.

Kemudahan asas lain yang telah mula beroperasi ialah stesen bas bernilai RM500,000 yang memberi kemudahan perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres ke Lembah Klang, Raub dan Kuala Lipis.

Turut dibangunkan dan siap sepenuhnya ialah gelanggang serbaguna berharga RM150,000 untuk kemudahan riadah dan rekreasi serta sebuah dewan orang ramai bernilai RM400,000 yang dibina di Felda Sungai Koyan Dua.

Kedudukan Sungai Koyan dianggap strategik kerana terletak di tengah-tengah mukim Hulu Jelai yang menjadi tempat persinggahan kenderaan berulang-alik dari Lembah Klang ke Kelantan.

Pekan ini juga menjadi laluan alternatif pemandu dari Pantai Barat ke Pantai Timur terutama Kelantan sejak 30 tahun lalu.

Sungai Koyan akan menjadi bertambah sibuk apabila ia menjadi tempat persinggahan pengunjung dari Pantai Timur menuju ke Cameron Highlands melalui Pos Betau.

Penduduk di Gugusan Felda Sungai Koyan berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Felda yang melaksanakan pelbagai projek yang boleh merancakkan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian dan pelancongan.

Ketua Kampung Felda Sungai Koyan Satu, Kholid Hussain, 63, berkata, sejak menetap di tanah rancangan itu pada 1971, Sungai Koyan mengalami perubahan yang pantas terutama pembangunan premis dan infrastruktur.

''Jika 40 tahun dulu kita bersusah payah menaiki motosikal untuk ke bandar Raub tetapi kini semua barang keperluan ada dijual di sini (Sungai Koyan)," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kholid yang berasal dari Jerangsang, Kuala Lipis berkata, pembangunan yang dijana itu merupakan hasil acuan pemikiran dan wawasan pemimpin hari ini dan terdahulu yang tidak jemu-jemu mengubah kehidupan peneroka.

Seorang peneroka Felda Sungai Koyan Tiga, Saaya Mohamad, 65, berkata, pertumbuhan pekan Sungai Koyan penting kerana seramai 9,000 penduduk kampung dan tanah rancangan di kawasan Jelai tertumpu di kawasan itu.

''Kemudahan yang disediakan di pekan ini memberi peluang kepada generasi kedua peneroka membabitkan diri secara aktif dalam bidang keusahawanan dan perniagaan makanan berasaskan pertanian," katanya.

Kerancakan ekonomi bandar Sungai Koyan, menurut bekas tentera itu membuktikan orang Melayu di tanah rancangan Felda mampu bersaing dalam apa juga bidang dengan pengusaha di tempat lain.

Pengerusi Gabungan Perkumpulan Wanita (GPW) Sungai Koyan Satu, Sapiah Mohamad, 60, berkata, pembangunan premis di situ juga memberi peluang kepada pengusaha wanita memasarkan hasil keluaran masing-masing.

''Keadaan tempat berniaga yang sempurna dan bersih dapat menarik lebih ramai pengunjung singgah di sini dan ia tidak hanya tertumpu kepada penduduk tempatan semata-mata," katanya.

Menurut Sapiah, pekan Sungai Koyan kin dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk jalan raya, sekolah, balai polis, masjid, klinik kesihatan dan pejabat kerajaan.

''Kemudahan-kemudahan ini menaikkan lagi imej Sungai Koyan sebagai pusat pertumbuhan baru di Jelai," ujarnya.

Ketua Masyarakat Orang Asli Pos Betau, Ahmad a/l Selalu, 46, berkata, Orang Asli yang tinggal di pedalaman Jelai menjadikan pekan Sungai Koyan sebagai tumpuan untuk membeli-belah.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Bukan lagi pekan koboi Empty Re: Bukan lagi pekan koboi

Post  ozzy Thu Apr 01, 2010 4:49 pm

Sumbangan dato siti kot..
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Bukan lagi pekan koboi Empty Re: Bukan lagi pekan koboi

Post  mai figo Thu Aug 19, 2010 7:33 pm

yupp..lepih makin maju..buktinye-hari2 jalan jemnk masuk ke lepih..adui...jem oh jem.. Mad
mai figo
mai figo

Posts : 14
Points : 19
Join date : 19/08/2010
Age : 39
Location : lepih bandar warisan sejarah

http://sahabatbelia.blogspot.com

Back to top Go down

Bukan lagi pekan koboi Empty Re: Bukan lagi pekan koboi

Post  Yassin Thu Aug 19, 2010 11:03 pm

Tempat lahirkan lagi disanjung..apatah lagi tempat bermain dan jatuh...tetap akan dikenang Very Happy
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Bukan lagi pekan koboi Empty Re: Bukan lagi pekan koboi

Post  mai figo Fri Aug 20, 2010 12:29 am

btol2..lepih ni mmg dah byk berubah dari dulu...
mai figo
mai figo

Posts : 14
Points : 19
Join date : 19/08/2010
Age : 39
Location : lepih bandar warisan sejarah

http://sahabatbelia.blogspot.com

Back to top Go down

Bukan lagi pekan koboi Empty Re: Bukan lagi pekan koboi

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum