Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Laluan maut depan hospital

2 posters

Go down

Laluan maut depan hospital Empty Laluan maut depan hospital

Post  along Fri Jul 24, 2009 11:41 am

Laluan maut depan hospital Wt_01_14
JALAN Temerloh-Kuantan di hadapan Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) membahayakan nyawa orang ramai kerana tidak ada jejantas untuk melintas ke hospital.


TEMERLOH 23 Julai - Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) di sini sering dianggap sebagai antara hospital yang tercanggih di negara ini.

Dengan pelbagai perkhidmatan termasuk pakar ditawarkan oleh hospital tersebut, pesakit di sini dan juga daerah-daerah berdekatan tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun di sebalik kecanggihannya, terdapat kelemahan yang sehingga kini menjadi rungutan orang ramai terutama yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk berkunjung ke hospital tersebut.

Ketiadaan jejantas juga menjadi masalah pengunjung terutama warga emas dan kakitangan untuk berurusan di hospital tersebut pada setiap hari.

Mereka bimbang dengan ketiadaan jejantas, Jalan Temerloh-Kuantan di hadapan Hoshas akan menjadi 'laluan maut' berikutan banyak kemalangan berlaku sehingga mengorbankan nyawa.

Tinjauan Utusan Malaysia di hospital tersebut mendapati Keperluan terhadap jejantas itu amat penting memandangkan Jalan Temerloh-Kuantan di hadapan Hoshas agak sibuk dengan kenderaan yang dipandu laju sehingga menyukarkan orang ramai untuk melintas.

Menurut beberapa pengunjung, ketiadaan jejantas mencacatkan perkhidmatan Hoshas walaupun hospital tersebut bertaraf kelas pertama dan menjadi tumpuan penduduk serta pesakit dari beberapa daerah di Pahang Barat.

Seorang pengunjung, Harun Sharifuddin Mohamed, 58, memberitahu, pengunjung Hoshas amat memerlukan jejantas memandangkan laluan di hadapan hospital itu sentiasa sibuk dengan kenderaan.

Akibat ketiadaan jejantas, katanya, dua kemalangan maut berlaku baru-baru ini dan mungkin lebih banyak nyawa akan melayang selepas ini jika pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan untuk menyeberang.

"Selain kemalangan maut, saya juga beberapa kali menyaksikan kemalangan kecil di hadapan hospital dan saya bimbang dengan keselamatan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan jururawat yang melintas di jalan ini untuk ke hospital.

''Jika tiada jejantas ia boleh menimbulkan bahaya terutama kepada penumpang bas dari arah bandar Temerloh yang cuba melintas untuk ke hospital," katanya yang bekerja sebagai pengusaha ladang sawit di sini.

Seorang lagi pengunjung, Holif Baki, 42, berkata, pihak berkuasa sepatutnya telah memikirkan untuk membina jejantas tersebut sebaik sahaja Hoshas beroperasi pada 2005.

Ini kerana, katanya, semua pihak sedia maklum bahawa laluan di hadapan Hoshas amat sibuk terutama pada waktu puncak.

''Kecanggihan Hoshas sepatutnya dilengkapi dengan pembinaan jejantas bagi memudahkan orang ramai melintas jalan semasa berurusan di hospital itu.

''Walaupun ada lampu isyarat, ramai pemandu tidak mematuhinya dan ini sudah tentu menyukarkan orang ramai untuk melintas terutama bagi warga emas dan kanak-kanak," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, Holif berharap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) atau Jabatan Kerja Raya (JKR) membina jejantas tersebut bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Seorang peniaga, Azizul Ridzwan Abdul Wahab, 29, berkata, sepatutnya Hoshas mempunyai jejantas kerana ia dianggap kemudahan yang perlu disediakan.

''Kerja-kerja membina jejantas sepatutnya disertakan sekali dalam pakej pembinaan hospital," katanya.

Menurutnya, pembinaan Hoshas turut membawa kemajuan yang pesat di kawasan sekitar Seberang Temerloh dan sewajarnya jejantas dibina kerana ia sangat diperlukan berikutan peningkatan mendadak jumlah penduduk dan kenderaan di kawasan itu.

"Sekitar Hoshas tidak lagi boleh dianggap sebagai kawasan terpencil kerana kini terdapat banyak taman perumahan baru yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan," ujarnya.

Tambahnya, jumlah kenderaan di laluan itu agak tinggi dan kebanyakannya dipandu laju walaupun pemandu menyedari mereka melalui kawasan hospital.

Menurutnya, garisan kuning keselamatan dan papan tanda yang dipasang tidak mampu 'mengingatkan' pemandu supaya memperlahankan kenderaan ketika melalui jalan tersebut.

Katanya, kebanyakan pemandu bukan sahaja tidak mengendahkan amaran yang dipasang tetapi bersikap mementingkan diri sendiri dengan membunyikan hon kepada orang ramai yang hendak melintas.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelawat Hoshas, Sarif Azib turut menyokong saranan pengunjung Hoshas supaya sebuah jejantas dibina bagi kemudahan orang ramai terutama OKU dan warga emas.

''Pihak berkuasa harus peka dengan keperluan orang ramai untuk mendapatkan rawatan di Hoshas kerana sebahagian besar adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai kenderaan dan menaiki kenderaan awam seperti bas dan teksi.

''Kita tidak perlu menunggu sehingga lebih banyak nyawa melayang baru hendak membina jejantas. Saya harap agensi kerajaan jangan menuding jari antara satu sama lain kerana merasakan pembinaan jejantas tersebut bukan di bawah tanggungjawab masing-masing ," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa seperti MPT, JKR atau Pejabat Daerah Temerloh dapat membina segera jejantas kerana ia adalah keperluan bagi menjaga keselamatan orang ramai dan pelawat Hoshas serta kemudahan penduduk sekitarnya.

Tambahnya, Hoshas yang mula beroperasi sejak lima tahun lalu perlu dilengkapi kemudahan sokongan agar pembinaannya menepati kehendak semua golongan agar tidak menimbulkan kesulitan dan mengancam nyawa orang ramai untuk berurusan di Hoshas.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Laluan maut depan hospital Empty Re: Laluan maut depan hospital

Post  zulkbo Sat Jul 25, 2009 1:11 am

ye lah...saya ada kesana,lori semua laju belaka Crying or Very sad Crying or Very sad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum