Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Sebat bukan sebarang sebat!!!

View previous topic View next topic Go down

Sebat bukan sebarang sebat!!!

Post  apens7 on Tue Sep 29, 2009 2:53 pm

Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari kita belajar dan dalami indahnya Islam..

wallahua'lam...






SEBAT CARA SIVIL



Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"
Berkaitan:
Presiden PAS: Hukuman rotan syariah tidak melukakan
..Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW....

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi....
__._,_._

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
avatar
apens7
EXCO

Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: Sebat bukan sebarang sebat!!!

Post  sam on Tue Sep 29, 2009 3:31 pm

sblm ni koi ade dah post pasai ni sikit. mmg hangat isu ni sbb melibatkan hukum, bukan sebarangan hukum, tp hukum yg dituntut. dari para ulama n pak menteri, semuanya dah melontarkan pdgn mereka.

kalau diteruskan, gomen takut nnt negara luar nmpak spt zalim sbgmana islam dicop teroris, kalau xbuat, nt nmpk kelemahan sistem perundangan islam.

bg koi yg picisan ni, cuma musykil aje, sbb org lebih cenderung kpd menghukum aje. kpd org yg nak jalankan perintah ni pun, tak rase bersalah ke sbb hasil titik peluh dia pun drp sumber yg bercampur2. setidak2nya dia pun menyumbang. daripada pengeluar, pengilang, suplier, org yg bg lesen, menghidang semua tu terlepas mcm tu aje. adil ke mcm tu.

kes ni mcm kes rokok juga, dah keluar fatwa haramkan rokok, tp rokok masih berlambak aje dijual terbuka di pasaran. masih nak salahkan PENGGUNA semata2?

surah al hujarat ayat ke6 yg apens bg tu, dah dinyatakan perkataan kejahilan bukan?
avatar
sam
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR

Back to top Go down

Re: Sebat bukan sebarang sebat!!!

Post  apens7 on Tue Sep 29, 2009 4:20 pm

pembetulan: surah tu bukan kwn bg... copy paste dr email org fwd2 jerk.. just nak share ngn aokmer... hehehe.. pas baca artikel ni hak masing2 ler nak pikir kan...
avatar
apens7
EXCO

Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: Sebat bukan sebarang sebat!!!

Post  sam on Tue Sep 29, 2009 5:06 pm

kita mesti bertanggungjwb atas posting memasing.. kekekeke Laughing
avatar
sam
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR

Back to top Go down

Re: Sebat bukan sebarang sebat!!!

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum