Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

30 tahun hidup tanpa bekalan air sempurna

2 posters

Go down

30 tahun hidup tanpa bekalan air sempurna Empty 30 tahun hidup tanpa bekalan air sempurna

Post  Deto_8 Tue Oct 13, 2009 3:59 pm

JENGKA – Setelah 30 tahun menetap di Felda Tanjung Jengka 20, penduduk di situ masih bergantung pada bekalan air hujan untuk menjalani kehidupan seharian, berikutan kekerapan berlaku gangguan bekalan air paip.

Seorang penduduk, Mohd Shariff Bani, 64, berkata, sudah 30 tahun dia tidak menikmati bekalan air bersih seperti penduduk lain dan terpaksa menggunakan air hujan untuk memenuhi keperluan harian.

Menurutnya, dia telah mengeluarkan modal lebih kurang RM1,000 untuk memastikan bekalan air sentiasa ada di rumahnya. Malangnya, kolah yang dibina untuk menadah bekalan air sentiasa kering kerana tekanan air yang rendah, menyebabkan bekalan air tidak sampai ke rumahnya.

“Saya terpaksa menggunakan air hujan atau membeli air di tempat lain apabila bekalan air tidak ada langsung dalam jangka masa lama, yang kadang kala mencapai tempoh seminggu. Jika ada pun, bekalan air itu akan ada pada jam 2 atau 3 pagi dan akan putus selepas satu atau dua jam kemudian.

“Bagaimana kami mahu mendapatkan bekalan air yang cukup kerana air yang sampai ke rumah kami terlalu sekejap dan kadang-kadang langsung tidak sampai,” katanya ketika ditemui.

Pemilik 60 buah rumah di kawasan tinggi di Felda ini telah melakukan pelbagai cara untuk memastikan mereka mendapatkan bekalan air sempurna. Antara yang mereka lakukan ialah memasang tangki air di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, langkah yang diambil sia-sia kerana masih tidak mendapat bekalan air sempurna dan terpaksa menggunakan air hujan untuk kegunaan harian.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Sagap, 59, berkata, berikutan masalah itu, mereka juga terpaksa membayar bil air yang tinggi. Bil yang dikenakan kepada mereka lebih tinggi daripada mereka yang mendapat bekalan air.

Menurutnya, perkara ini berlaku kerana mereka terpaksa membuka paip walaupun air tidak keluar kerana perlukan tekanan awal jika mahu mendapatkan bekalan air pada waktu tengah malam.

“Kami terpaksa membuka paip awal untuk mendapatkan bekalan air pada waktu tengah malam. Apabila kami buka paip, air tidak keluar, tetapi tekanan angin menyebabkan meter paip bergerak dan menyebabkan kami dikenakan kadar bayaran tinggi mencecah hingga RM60 dan ke atas.

Sehububgan itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Tanjung Jengka 20, Mohd Dusuki Hasan berkata, penduduk terbabit memohon supaya pihak terlibat membina tangki imbangan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini mereka pernah memohon pihak terlibat membina tangki imbangan di Felda berkenaan, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.

“Saya harap pihak bertanggungjawab dapat membina tangki imbangan dan menukar atau menaik taraf batang paip di kawasan Felda, kerana ia sudah terlalu lama, menyebabkan ia pecah jika tekanan air terlalu tinggi.

“Pihak terlibat perlu turun padang dan melihat sendiri keadaan penduduk di sini, dan melakukan sesuatu untuk membantu penduduk supaya dapat hidup lebih sempurna,” katanya.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

30 tahun hidup tanpa bekalan air sempurna Empty Re: 30 tahun hidup tanpa bekalan air sempurna

Post  OTAIkutai Tue Oct 13, 2009 4:18 pm

Masaalah air kt FELDA ni bukan Setakat 30 thn bahkan lebih drpada tu...
contohnyer kt tempat kwn dibesarkan Bukit Goh
sampai skangni msih ader masaalah ni..tekanan air rendah kekadang
tuh tkder langsung.......padehal tok sampai 20 KM pun dari bandar
Kuantan (ibunegeri Phg).......guaner gayer tuh..
Siapakah pihak yg dimaksudkan TERLIBAT tuh.............
Aaaa pikir la sendiri..........
OTAIkutai
OTAIkutai
COACH
COACH

Posts : 92
Points : 96
Join date : 17/04/2009
Age : 62

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum