Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Berita Bergambar Menarik Hari nih....

+35
sayed7
noyie
iyul8386
faisalmik
RoyKay33
Gemini_gurl
cikacung
Awangmaseru
edi
Cik_N
ainie rashid
zila
nordin ahmad
SHARK
along
sakur@86
Jeck Sparow
kawanorgmaRan
Deto_8
WADY
ebe
apens7
ozzy
Abang Jem
sam
Mrcipizs
Oesandro Jr.
jasnoraizan
lepat_ubi
strikerbuncit
MD
koy101
J.Milan22
Yassin
zulkbo
39 posters

Page 14 of 31 Previous  1 ... 8 ... 13, 14, 15 ... 22 ... 31  Next

Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  strikerbuncit Thu Dec 17, 2009 3:48 pm

ainie rashid wrote:
ozzy wrote:
zulkbo wrote:
-Solek tebal-tebal..dapat suami poket tebal..
-biar dapat yg tua..asalkan kaya..
-tak kisah nti jadi janda...dpt byk harta pusaka..
-bior jantan muka kedut..janji duit masuk mcm ribut..

hahaha..asal aku jahat sgt hari ni..ish2... .

dah jodoh..dia pun dah lama mencari
akhirnya jumpa gak yang di cari YB bung mokhtar tu terkenal dgn
kisah "big foot"nyer Very Happy

Agak2 brape lama ekk...hmmm

Tak baik tau ko , ozzy. Doakan ke je la kebahagiaan depa, agar maksiat tak berleluasa. Amin queen queen

err..kalo ozzy nak tambah branch (utk elak prkara tak elok),apa komen cik akak yg manis? hehehe..
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  ainie rashid Thu Dec 17, 2009 4:03 pm

strikerbuncit wrote:
ainie rashid wrote:
ozzy wrote:
zulkbo wrote:
-Solek tebal-tebal..dapat suami poket tebal..
-biar dapat yg tua..asalkan kaya..
-tak kisah nti jadi janda...dpt byk harta pusaka..
-bior jantan muka kedut..janji duit masuk mcm ribut..

hahaha..asal aku jahat sgt hari ni..ish2... .

dah jodoh..dia pun dah lama mencari
akhirnya jumpa gak yang di cari YB bung mokhtar tu terkenal dgn
kisah "big foot"nyer Very Happy

Agak2 brape lama ekk...hmmm

Tak baik tau ko , ozzy. Doakan ke je la kebahagiaan depa, agar maksiat tak berleluasa. Amin queen queen

err..kalo ozzy nak tambah branch (utk elak prkara tak elok),apa komen cik akak yg manis? hehehe..

Pd sy,,, on je kalu hati dah suke kan....nak halang pun tak guna,,, kalu poket dah cukup tebal la. Very Happy queen queen
ainie rashid
ainie rashid
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 243
Points : 265
Join date : 15/12/2009
Age : 52
Location : / J 2 / Kuantan

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  strikerbuncit Thu Dec 17, 2009 4:06 pm

good news!!...habehla geng gamma pakat buka cawangan nti...wah wah wah...lari dulu...hehehe
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  ainie rashid Thu Dec 17, 2009 4:09 pm

strikerbuncit wrote:good news!!...habehla geng gamma pakat buka cawangan nti...wah wah wah...lari dulu...hehehe


Tak pe, saya sokong je laaa.. Dah jodoh kan ditangan tuhannnnnn Very Happy queen queen
ainie rashid
ainie rashid
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 243
Points : 265
Join date : 15/12/2009
Age : 52
Location : / J 2 / Kuantan

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Dec 17, 2009 8:21 pm

along wrote:Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Lim10

MOHD Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, atau lebih dikenali sebagai Detektif Lim watak yang dilakonkan dalam drama bersiri terkenal Gerak Khas hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini untuk mendengar keputusan kes beliau yang dituduh mencuri dua buku bernilai RM194.90 milik MPH Bookstore, dekat Mid Valley, Mac lalu. - Foto Rosdan Wahid

'Detektif Lim' Dihukum Penjara 2 Bulan Dan Denda RM2,000

oleh WAHI AZIZ

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 012817835

Code:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadap pelakon drama bersiri Gerak Khas Mohd Farid Amirul Wu atas tuduhan mencuri buku.

Pelakon popular yang dikenali sebagai Detektif Lim dalam siri Gerak Khas ini telah dituduh mencuri 2 buah buku iaitu The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk Decoding The Heavens (RM105) di kedai buku MPH pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.

Oleh kerana tertuduh meminta penangguhan hukuman yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini, Farid dibenarkan memohon bon jaminan.

Tertuduh melalui peguambela Nor Azri Mohd Arif membuat rayuan di depan Majistret Mohd Faizi Che Abu untuk membawa kes ke Mahkamah Tinggi.

Disebabkan bayaran ikat jamin asal RM1,500 dinaikkan ke RM3,000, bermakna secara keseluruhannya Farid perlu menjelaskan sebanyak RM5,000 termasuk denda hukuman itu iaitu RM2,000.

Pada 24 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan pelakon yang popular dengan watak `Detektif Lim' itu membela diri atas tuduhan mencuri dua buku di kedai buku MPH, Mac lalu.

Pada 22 Oktober lalu, Farid memberitahu mahkamah yang dia dipaksa mengaku bersalah mencuri dua buah buku kerana pihak MPH mendakwa telah memerhatikan gerak gerinya menerusi sistem litar tertutup (CCTV).
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Dec 17, 2009 8:22 pm

along wrote:Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Lim10

MOHD Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, atau lebih dikenali sebagai Detektif Lim watak yang dilakonkan dalam drama bersiri terkenal Gerak Khas hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini untuk mendengar keputusan kes beliau yang dituduh mencuri dua buku bernilai RM194.90 milik MPH Bookstore, dekat Mid Valley, Mac lalu. - Foto Rosdan Wahid

'Detektif Lim' Dihukum Penjara 2 Bulan Dan Denda RM2,000

oleh WAHI AZIZ

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 012817835

Code:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadap pelakon drama bersiri Gerak Khas Mohd Farid Amirul Wu atas tuduhan mencuri buku.

Pelakon popular yang dikenali sebagai Detektif Lim dalam siri Gerak Khas ini telah dituduh mencuri 2 buah buku iaitu The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk Decoding The Heavens (RM105) di kedai buku MPH pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.

Oleh kerana tertuduh meminta penangguhan hukuman yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini, Farid dibenarkan memohon bon jaminan.

Tertuduh melalui peguambela Nor Azri Mohd Arif membuat rayuan di depan Majistret Mohd Faizi Che Abu untuk membawa kes ke Mahkamah Tinggi.

Disebabkan bayaran ikat jamin asal RM1,500 dinaikkan ke RM3,000, bermakna secara keseluruhannya Farid perlu menjelaskan sebanyak RM5,000 termasuk denda hukuman itu iaitu RM2,000.

Pada 24 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan pelakon yang popular dengan watak `Detektif Lim' itu membela diri atas tuduhan mencuri dua buku di kedai buku MPH, Mac lalu.

Pada 22 Oktober lalu, Farid memberitahu mahkamah yang dia dipaksa mengaku bersalah mencuri dua buah buku kerana pihak MPH mendakwa telah memerhatikan gerak gerinya menerusi sistem litar tertutup (CCTV).
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  Yassin Thu Dec 17, 2009 8:26 pm

Bikin malu daa..sah lepas nei dia ditukarkan ke tmpt lain konunnya dlm gerak khas... heheheh pada hal abg yusuf tak minat mekala artis tu ada masalah ......bikin malu daa.. tongue
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Dec 18, 2009 10:29 am

SELAMAT TAHUN BARU..


Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Doa10


Doa awal tahun di Masjid Negara: Umat Islam menyertai bacaan doa akhir dan awal tahun di Masjid Negara, Kuala Lumpur, malam tadi sempena menyambut ketibaan Maal Hijrah 1431, hari ini. Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. - Foto Aizuddin Saad
Dec 18, 2009 8:46 am
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Dec 18, 2009 10:30 am

...BAGAIMANA DISINI?


Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Protes10


POLIS rusuhan Denmark bergelut dengan penunjuk perasaan di luar Bella Center, Copenhagen di mana persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim diadakan semalam. Persidangan berkenaan dihadiri ketua kerajaan bertujuan mencapai perjanjian untuk melindungi bumi dari bencana pemanasan global. Walaupun ramai menyuarakan kebimbangan perjanjian tidak mungkin dicapai, beberapa pemimpin utama dunia masih yakin sesuatu kompromi dapat dipersetujui di Copenhagen. - Foto Reuters
Dec 18, 2009 8:41 am
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Dec 18, 2009 10:35 am

..TAHNIAH..

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Zafril10



MOHD Zafril Mohd Zuslaini memenangi emas acara 400 meter lelaki dengan catatan peribadi terbaiknya, 47.11 saat. - Foto Mokhsin Abidin
Dec 18, 2009 8:34 am
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Dec 18, 2009 10:49 am

Thousands of leaflets are dropped from Philippine Air Force helicopters offering rewards to villagers in the volatile southern province of Basilan if they help to catch suspected terrorist fugitives:BBC

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 _4694110
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Dec 18, 2009 11:09 am

يوسف القرضاوي

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Yousuf%20Al%20Qaradawi

Yusuf Al-Qaradawi tokoh Maal Hijrah ke-8

Code:
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M esok.

Menurut entri dalam laman blog http://www.islamonline.net hari ini, anugerah kali ke-8 itu akan dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan Maal Hijrah esok.

Blog berkenaan menyebut, anugerah itu bagi menghargai ilmu, jasa dan kesungguhannya memberi khidmat kepada agama Islam dan ummah selain berdakwah dan membangkitkan kesedaran Islam.

‘‘Anugerah Tokoh Maal Hijrah hanya dikurniakan kepada individu-individu yang memberi sumbangan dan khidmat kepada umat Islam serta mengangkat kedudukan Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,’’ jelas laman blog itu.

Sebelum ini, antara tokoh yang menerima anugerah itu ialah Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Rahimahullah dan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Beliau dilahirkan di Mahallah al-Kubra, Gharbiah, Mesir pada 1926.

Pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya.

Yusuf melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, Yusuf sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  Cik_N Fri Dec 18, 2009 9:32 pm

Mabruk ya syeikh Yusuf... Barakallah.. My Allah Bles u with his rahmah.....
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 12:22 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Maal1110


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua, kiri) berkenan melihat pingat anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 hijrah yang diperolehi Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof Mohamed Noor (kanan) selepas disampaikan baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 Hijrah di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Turut serta seorang lagi tokoh Maal Hijrah iaitu Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej. Jen Datuk Jamil Khir Baharom (tiga, kiri). Kedua-dua tokoh itu menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan - foto BERNAMA
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 12:26 am

Kanak-kanak yang hendak berkhatan ditandu oleh bapa masing-masing diiringi perarakan bunga manggar dan pulut kuning di Kampung Kuala Medang, Kuala Lipis baru-baru ini. - GAMBAR: Haris Fadilah Ahmad


Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Phg00012

**terkenang masa koi sunat dulu gini lah..
reramai sampai 20 orang..rumah arwah ustaz mat
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 12:39 am

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hadir ke Majlis Sambutan Maalhijrah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Kepong hari ini. - Gambar: Hafizh Khosmat


Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Klc00010


***bersedekah amalan yang dipuji Allah...
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 12:47 am

Datuk Khairun Aseh(dua dari kiri) yang telah berjaya membawa pulang pesakit Schiophrenia, Jeyakumar yang telah dianiaya oleh warga Argentina dengan menyuruhnya menyeludup dadah...ketika hadir di Pejabat Biro Aduan UMNO hari ini. - Gambar: Zulhafiz Hanafiah

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Klc00011


***macam-macam duit punya pasal..apapun boleh buat..

Pesakit mental dijadikan ejen penyeludupan dadah
18/12/2009 8:49pm


Code:
KUALA LUMPUR 18 Dis — Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa kini semakin licik dengan memperalatkan pesakit mental sebagai ejen pengedar dadah bagi sindiket mereka.

Kes terbaru membabitkan seorang pesakit mental (penyakit chronic schizophrenia), P. Jeyakumar, 38, yang diperdayakan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa hingga menyebabkan beliau ditahan polis Argentina di Buenos Aires, 20 Jun lepas.

Jeyakumar diperdaya sindiket yang didalangi oleh lelaki tempatan yang dikenalinya sebagai Haris dan Wani serta seorang warga Afrika bernama Philip yang menjanjikan pekerjaan kepadanya di negara itu.

Jeyakumar telah ditahan dan tidak dibenar untuk meneruskan perjalanan ke Sao Paulo, Brazil.

Bagaimanapun, Jeyakumar dibebaskan dari tahanan kerana tiada bukti kukuh oleh pihak berkuasa Brazil dan beliau kemudian diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Argentina.

Sepanjang tempoh itu, beliau ditempatkan di bawah perlindungan Kedutaan Malaysia di Argentina sebelum dibawa pulang ke pangkuan keluarganya hari ini. Hasil kerjasama antara Pergerakan Pemuda Umno melalui Biro Aduan Komunitinya dengan Wisma Putra, Interpol dan Bukit Aman serta Kedutaan Malaysia di Argentina, akhirnya Jeyakumar berjaya dibawa pulang ke negara ini.

Adiknya, P. Chitra Devi, 33, berkata aduan serta permohonan bantuan membawa pulang Jayakumar dari Buenos Aires akhirnya terlaksana dengan bantuan dari Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno.

"Abang saya hilang sejak April lepas dan kami buat aduan kepada Pemuda Umno bagi memohon bantuan membawa pulang Jeyakumar dari Buenos Aires selepas mengetahui beliau disyaki diperalatkan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jeyakumar yang turut hadir pada sidang akhbar itu melahirkan penghargaan terima kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Kedutaan Malaysia di Argentina termasuk agensi lain yang terlibat membawanya pulang.

Jeyakumar merupakan anak kesembilan dari 13 adik-beradik disahkan pesakit mental sejak berusia 20 tahun dan pernah beberapa kali dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental bagi mendapatkan rawatan termasuk Hospital Bahagia.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Umno Datuk Muhd Khairun Aseh berkata masyarakat harus berwaspada dengan modus operandi sindiket penyeludupan dadah kini dilihat mulai menggunakan pesakit mental sebagai mangsa mereka.

Muhd Khairun berkata agensi-agensi kerajaan yang terlibat disaran agar memperketatkan proses pemberian pasport antarabangsa kepada pesakit mental berdaftar.

"Ia dapat dibuat dengan Kementerian Kesihatan berkongsi data dengan Jabatan Imigresen tentang laporan perubatan pesakit mental yang didaftarkan. Ini memandangkan pesakit mental kurang kemampuan untuk mengembara (ke luar negara),” katanya.

Rombongan Umno bersama seorang ahli keluarga Jeyakumar berangkat ke Argentina pada 13 Dis lepas untuk membawanya pulang.

— BERNAMA
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 1:37 am

Mudim Moden
Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Mainpi13Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Mainpi14

Oleh Fairuz Zaidan:http://www.bharian.com.my
Dr Potong... Sibuk cuti sekolah

Code:
MENJEJAKI tradisi berkhatan, XY - Ikon Lelaki minggu ini mendekati profesion yang 'digeruni' kanak-kanak sejak turun temurun. Bezanya, pisau, batang pisang dan kain lilitan kini berganti dengan jarum suntikan, gam, gunting dan ubat-ubatan. Inilah Tok Mudim Moden!

TANYALAH mana-mana lelaki dewasa, tidak seorangpun dapat melenyapkan detik-detik cemas menjalani proses berkhatan ketika zaman kanak-kanak. Sama ada proses berkhatan atau bersunat dihadapi dengan tenang atau tercalit insiden ngeri dan mendebarkan, saat berdepan tok mudim pasti menyimpan 1,001 kisah.

Dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia, tok mudim dihormati kerana tanggungjawab yang dipikulnya dalam menyempurnakan tradisi berkhatan. Namun, di kalangan kanak-kanak yang sedang meniti usia akil baligh, pengaruh tok mudim lebih besar hingga ada kalanya mengganggu emosi.

Zaman dulu, tidak ada senario lebih mengerikan selain kelibat tok mudim bermisai tebal, lengkap bersongkok dan bersamping kain pelekat membimbit beg berisi pisau pemotong melintas di depan rumah. Batang pisang yang dijadikan pengalas; riuh kanak-kanak berendam di sungai dan diarak dengan paluan kompang semuanya kini tinggal kenangan.

"Bukan tidak ada lagi tok mudim menawarkan khidmat berkhatan cuma peranan mereka tidak serancak dulu. Sekarang, ibu bapa lebih banyak mendapatkan khidmat berkhatan untuk anak mereka di klinik dan hospital.


"Malah, tok mudim pada zaman ini juga mempraktikkan teknologi perubatan moden kerana keberkesanan dan proses berkhatan yang tidak lagi rumit," kata personaliti XY - Ikon lelaki minggu ini, Dr Mohd Hafidzul Jasman, 30, yang bertugas di Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Sebagai 'Tok Mudim Moden', Dr Mohd Hafidzul bertanggungjawab mengendalikan khidmat berkhatan bersama sekumpulan pakar perubatan di HUKM. Peralatan yang digunakan untuk proses berkhatan lebih moden termasuk jarum suntikan, gunting dan pisau.

Ketika diundang menyaksikan majlis berkhatan beramai-ramai, Sunathon 2009 di HUKM, minggu lalu, kumpulan pakar perubatan menggunakan kaedah berkhatan terkini iaitu Circumcision Closune with Cyanoacrtlate Glue. Melalui proses ini, proses menjahit bahagian yang digunting tidak lagi diperlukan, sebaliknya digantikan dengan pelekat atau gam.

Menurut Dr Mohd Hafidzul, teknologi moden dalam berkhatan membantu memudahkan proses itu serta mengurangkan risiko jangkitan dan lebih selamat.

"Jika dulu, kita lihat ita lihat kanak-kanak yang berkhatan menunggu lama untuk pulih dan mengelak terkena kemaluan terkena kain, sekarang mereka boleh menyarungkan seluar dan bebas bergerak," katanya.

Berbekal pengalaman lebih lima tahun dalam bidang perubatan dan tiga tahun di Jabatan Surgeri HUKM, Dr Mohd Hafidzul tidak pernah sunyi daripada pelbagai ragam kanak-kanak termasuk golongan dewasa yang berkhatan.

Mari ikuti cerita Tok Mudim Moden ini...

Bagaimana agaknya senario berkhatan pada zaman moden ini?

Proses berkhatan sekarang lebih banyak dilakukan di klinik dan hospital. Ini mungkin didorong faktor kemudahan yang disediakan selain proses berkhatan yang lebih cepat dan ringkas.

Namun, proses berkhatan secara tradisional masih lagi dipraktikkan di luar bandar.

Maksud anda, apakah sudah tiada lagi tok mudim di bandar besar sekarang?

Ya, boleh dikatakan begitu. Ini kerana orang ramai lebih mudah mendapatkan khidmat berkhatan di klinik dan hospital. Faktor kos, praktikal dan teknologi berkhatan yang mudah mendorong ibu bapa menghantar anak berkhatan di klinik dan hospital.

Apakah situasi ini mengakibatkan tok mudim tidak lagi dianggap relevan dalam tradisi berkhatan?

Saya tidak berpendapat begitu. Ini kerana jika kita lihat sendiri, kebanyakan tok mudim mengalami evolusi dari segi proses berkhatan. Mereka juga menggunakan peralatan moden menggantikan perkakasan tradisional yang agak ketinggalan zaman.

Bercerita mengenai proses berkhatan, apa agaknya usia suai bagi kanak-kanak melalui proses ini?

Tiada usia tertentu yang dianggap ideal untuk kanak-kanak. Namun, sudah menjadi budaya di kalangan masyarakat di mana kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun sering dikhatankan.

Pada pandangan doktor sendiri, bila agaknya masa sesuai untuk berkhatan?

Memang soal usia perlu dijadikan perkiraan. Ini kerana, ada kanak-kanak gerun hingga proses berkhatan perlu dilakukan secara tidak sedar. Ada juga kanak-kanak yang tidak mampu ditenangkan hingga menyukarkan proses berkhatan.

Namun, bagi kelompok usia kanak-kanak antara sembilan tahun hingga 12 tahun, keadaannya lebih mudah dan lazimnya, mereka faham dengan arahan yang diberi.

Apa pandangan anda mengenai budaya dan teknik berkhatan moden?

Jelas sekali kita menempuh fasa baru dalam proses berkhatan. Pada Sunathon 2009, kita mencuba kaedah baru yang antara lain menggantikan proses menjahit dengan gam khas pada kulit.

Bukan saja kaedah ini lebih kemas dan mudah, hampir tiada darah terhasil sekali gus menjadikan proses ini lebih selamat.

Bagaimana agaknya anda berdepan dengan kerenah kanak-kanak sebelum proses berkhatan?

Macam-macam boleh berlaku sebelum proses berkhatan bermula. Bagi saya, sudah lumrah semua kanak-kanak berasa cemas untuk disunatkan. Apatah lagi, mendengar pelbagai cerita yang disampaikan membuatkan mereka berasa takut apabila tiba waktu untuk disunatkan.

Namun, ini semua bergantung kepada diri mereka sendiri untuk menguasai perasaan takut hingga selesai proses berkhatan.

Boleh anda kongsi serba sedikit pengalaman anda menyempurnakan proses berkhatan?

Memang banyak kisah membabitkan kanak-kanak yang hendak bersunat ini. Tidak kira usia kecil atau besar, masing-masing ada ragam sendiri.

Tidaklah bermakna, usia 11 atau 12 tahun menjadikan kanak-kanak berani. Ini kerana ada si kecil yang berusia tujuh tahun tidak berasa takut disunatkan. Selain meronta-ronta, ada juga yang bersembunyi di bawah katil kerana tidak mahu dikhatankan.

Apa sebenarnya punca kanak-kanak cukup takut bersunat?

Selain mendengar cerita rakan-rakan yang bersunat, perasaan takut timbul sebaik mereka mendengar kanak-kanak lain menangis terutama selepas proses berkhatan.

Ini secara tidak langsung mengganggu psikologi kanak-kanak. Disebabkan itulah, sebolehnya kita tidak mahu kanak-kanak menangis terutama apabila acara berkhatan beramai-ramai diadakan.

Bagaimana pula keadaannya proses berkhatan di kalangan lelaki dewasa?

Lazimnya, ini membabitkan kes lelaki dewasa memeluk agama Islam. Kita selalu memberi motivasi dan menasihatkan mereka usah malu. Proses yang dilalui dianggap sulit dan peribadi di dalam bilik pembedahan saja.

Ceritakan sedikit latar belakang pendidikan dan pengkhususan kerja anda?

Saya berkelulusan perubatan dari University Of Glasgow United Kingdom (UK). Lima tahun menuntut di sana, saya berpeluang bertugas seketika di Hospital Royal Infirmary, sebelum menimba pengalaman di New Zealand Hospital Waikato di daerah Hamilton.

Pada awal 2007, barulah saya menyertai HUKM sebagai pensyarah pelatih di Jabatan Surgeri.

Apa sasaran anda selepas ini?

Saya mensasarkan dalam tempoh setahun lagi menjadi pakar bedah dengan mengkhususkan bahagian urologi atau sakit tuan.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang perubatan, apa yang anda dapat simpulkan berhubung masalah kesihatan lazim bagi lelaki abad ke-21?

Biarpun zaman sudah berubah, lelaki tidak dapat lari dengan permasalahan kelenjar prostat. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan lelaki berusia lebih 50 tahun.

Selain itu, lelaki alaf ini juga berdepan masalah Disfungsi Erektikal (ED) dek sikap berdiam diri. Sehubungan itu, lelaki sepatutnya awal-awal lagi berkongsi masalah yang dihadapi dan mendapatkan rawatan segera.

Pengalaman berkhatan...

MENGIMBAU kenangan berkhatan pada zaman kanak-kanak, Dr Mohd Hafidzul yang berasal dari Kluang, Johor ini mengakui, ketakutan ketika tiba di klinik.

Anak lelaki sulung daripada tiga beradik ini masih ingat detik bersunat ketika berusia 11 tahun. Kehadiran bapa di sisi menguatkan semangat untuk meneruskan proses bersunat di sebuah klinik di Kluang.

Beralih kepada profesion dalam bidang perubatan yang dipilihnya, Dr Mohd Hafidzul mengakui bidang itu menjadi impiannya sejak di bangku sekolah.

Tambah personaliti XY - Ikon Lelaki ini lagi, pengalaman melawat saudara-mara yang menjalani rawatan di hospital mendorong beliau menjadi seorang doktor.

"Melihat cara doktor bekerja dan suasana di wad membuatkan saya menanam cita-cita menjadi seorang doktor.

"Sebaik tamat pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Taiping diikuti peringkat A Level di UK, saya terus memburu cita-cita.

"Sasaran saya seterusnya ialah menjadi pakar sakit tuan dan membantu lelaki berdepan masalah kelelakian secara lebih serius," katanya penuh semangat.

Mengulas acara Sunathon 2009 di HUKM, minggu lalu, Dr Mohd Hafidzul berkata, seramai 96 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun terbabit dalam program yang mula diperkenalkan pada 2007.

Beliau berkata, program berkhatan beramai-ramai itu antara lain membabitkan anak kakitangan HUKM; anak yatim dan orang ramai secara percuma.

"Sudah menjadi tradisi kami pada setiap akhir tahun untuk menganjurkan acara Sunathon. Selain cuba menghidupkan kembali nostalgia berkhatan di kampung, program ini juga membabitkan acara berarak dan paluan kompang," katanya.

PROFIL:

    * Nama : Mohd Hafidzul Jasman
    * Umur : 30 tahun
    * Tarikh lahir : 3 Disember 1979
    * Tempat lahir : Kluang, Johor
    * Tinggi : 168 sentimeter
    * Berat : 56 kilogram
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 9:59 am

Jenuh nak menjawab ni??


Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Mainpi16

Enjin jet TUDM hilang
Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my


Code:
Polis tahan empat orang, termasuk pegawai tentera

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Noryah Md Anvar, berkata hasil siasatan berjaya mengenalpasti empat suspek, membabitkan orang awam dan pegawai pasukan itu.

"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghubungi kami awal tahun ini meminta bantuan menyiasat kehilangan

peralatan itu yang dilaporkan berlaku di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

"Berikutan itu, 18 individu dipanggil bagi membantu siasatan yang membawa kepada kejayaan mengenalpasti empat suspek terbabit, termasuk penjual dan pembelinya serta lokasi enjin itu dijual," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti empat individu terbabit, selain lokasi sebenar enjin itu yang harganya dianggarkan hingga RM50 juta mengikut pasaran semasa.

Namun, Berita Harian difahamkan enjin itu dijual kepada seorang pembeli di sebuah negara Eropah tetapi tidak dapat dipastikan tujuan penggunaannya.

Noryah berkata, kehilangan enjin itu diklasifikasikan sebagai kes pecah amanah dan fail siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

TUDM mula menggunakan pesawat tempur enjin berkembar buatan Amerika Syarikat (AS) itu pada 1974 tetapi hanya enam unit masih digunakan, masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.

Difahamkan, khidmat pesawat itu pernah digantung beberapa tahun lalu berikutan cadangan menggantikannya dengan pesawat baru.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, enjin yang masih berkeadaan baik itu dibawa dari Skuadron 12 Scorpion Butterworth ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan sepatutnya diserahkan kepada satu daripada tiga kontraktor swasta yang dilantik kerajaan untuk penyelenggaraan.

"Ia dipercayai dilakukan secara terancang dengan pembabitan orang dalam TUDM sendiri. Jika tidak, mana mungkin enjin sebesar itu, lengkap dengan 'after burner' (sistem turbo) boleh hilang dan melepasi kawalan keselamatan ketat pangkalan dengan mudah.

"Taktik mereka memang licik dan berpengetahuan luas dalam hal berkaitan enjin pesawat tempur. Mereka tahu enjin itu tiada apa-apa nilai tanpa rekod perkhidmatan dan penyelenggaraan," katanya.

Sumber itu memberitahu enjin jenis J-85 keluaran General Electric (GE) itu boleh dijual dalam bentuk set lengkap atau sebagai komponen alat ganti kepada pihak yang menggunakan model pesawat lama berkenaan.

Selain Malaysia, model itu masih digunakan oleh Singapura, Indonesia dan beberapa negara di timur tengah serta Eropah. Difahamkan, kejadian itu menyebabkan rombakan kecil dalam TUDM, terutama di Markas Logistik yang turut menyaksikan beberapa pegawai dan anggota dipecat.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketatkan prosedur dokumentasi dan memperincikan proses audit dalaman setiap aset miliknya bagi membendung penyelewengan peralatan.

Beliau berkata, kegiatan yang menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan itu dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan dilakukan secara terancang hingga sukar dikesan.

"ATM memandang serius kerana ia juga mencemarkan imej pasukan. Justeru, tindakan segera sudah diambil untuk mengatasinya bagi memastikan kejadian tidak berulang," katanya.

Beliau berkata, ATM bersikap terbuka dalam isu penyelewengan dan sentiasa mengalu-alukan pembabitan agensi berkaitan bagi menangani kes seumpama itu.

"Jika polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mahu campur tangan, mengapa tidak kita benarkan jika ia boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada pasukan dan negara. ATM mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat membantu siasatan, terutama dalam membongkar lebih banyak kes seumpama ini," katanya.

zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 10:01 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Sawa10


SEEKOR ular sawa kira-kira enam meter panjang dan berat 150 kilogram berjaya ditangkap selepas reptilia itu menelan seekor rusa di ladang rusa berhampiran kawasan Istana Bukit Serene, Johor Bahru, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, tiga anggota bomba dari Balai Bomba Larkin bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat sebelum menemui ular sawa batik berkenaan yang sedang menelan separuh badan rusa terbabit. Jurucakap bomba berkata, pihaknya berjaya menangkap ular berkenaan selepas reptilia itu tidak mampu bergerak lagi sebelum dibawa ke Zoo Johor . - Foto NSTP
Dec 19, 2009 8:11 am

***lapo manjang.. dah kenyang cam ulo sawe..he he..
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 10:11 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Sania10

BINTANG tenis dunia, (dari kiri) Zheng Jie, Elena, Sania dan Maria janji akan menggegarkan 'Glam Slam' bermula, hari ini sehingga esok di Stadium Malawati, Shah Alam. 'Glam Slam', jolokan buat Showdown of Champions 2009 akan menampilkan empat pemain wanita tenis antarabangsa dalam pertembungan Asia yang dibarisi Sania dan Zheng Jie menentang Russia diwakili Elena Dementieva dan Maria Kirilenko. - Foto Osman Adnan
Dec 19, 2009 7:26 am
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 10:18 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Sea2210


Kontinjen negara berarak masuk pada majlis penutup Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional di Vientiane, Laos, semalam. Kontinjen negara berjaya meraih 40 pingat emas secara keseluruhan - foto THE STAR oleh S.S KANESAN

***alhamdulillah..melepasi gak sasaran..he he
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  edi Sat Dec 19, 2009 10:50 am

zulkbo wrote:Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Sea2210


Kontinjen negara berarak masuk pada majlis penutup Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional di Vientiane, Laos, semalam. Kontinjen negara berjaya meraih 40 pingat emas secara keseluruhan - foto THE STAR oleh S.S KANESAN

***alhamdulillah..melepasi gak sasaran..he he

Tahniah pada yg berjaya, dn teruskan usaha mngharumkan nama negara. cheers
edi
edi
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Dec 19, 2009 8:15 pm

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Watani11


Kompeni Askar Wataniah kawasan Pulau Pinang dan Kedah Selatan
memperlihatkan aksi mereka bertempur tanpa senjata pada majlis
pelancaran kompeni askar wataniah di padang Kompleks Belia dan Sukan,
Balik Pulau di sini, hari ini. Majlis itu dilancarkan oleh Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Penubuhan Kompeni Askar
Wataniah di setiap Parlimen telah diilhamkan oleh mantan Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada awal tahun 2000. --
fotoBERNAMA Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Morebutton
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Mon Dec 21, 2009 2:05 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Sukan210


Sebahagian peserta sukan lasak Gua Musang Eco Challenge 2009 beraksi
dalam acara larian merentasi sebuah perkampungan Orang Asli di Kuala
Koh di sini, semalam. Skuad sukan lasak dari Jabatan Belia dan Sukan
(JBS) Negeri Sembilan dan Salomon Power Bar masing-masing muncul juara
bagi kategori Jemputan dan Terbuka kejohanan itu. Kedua-dua pasukan itu
mengalahkan 83 peserta lain dalam sukan lasak itu yang disifatkan
paling mencabar dan bersejarah kerana diadakan dalam suasana hujan
lebat pada musim tengkujuh tahun ini. -- fotoBERNAMA Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Morebutton


***terkenang zaman sekolah dulu bila time merentas desa..hu hu Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Icon_cool
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 14 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 14 of 31 Previous  1 ... 8 ... 13, 14, 15 ... 22 ... 31  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum