Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Berita Bergambar Menarik Hari nih....

+35
sayed7
noyie
iyul8386
faisalmik
RoyKay33
Gemini_gurl
cikacung
Awangmaseru
edi
Cik_N
ainie rashid
zila
nordin ahmad
SHARK
along
sakur@86
Jeck Sparow
kawanorgmaRan
Deto_8
WADY
ebe
apens7
ozzy
Abang Jem
sam
Mrcipizs
Oesandro Jr.
jasnoraizan
lepat_ubi
strikerbuncit
MD
koy101
J.Milan22
Yassin
zulkbo
39 posters

Page 22 of 31 Previous  1 ... 12 ... 21, 22, 23 ... 26 ... 31  Next

Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  Deto_8 Thu Jan 07, 2010 12:46 pm

faisalmik wrote:sape2 yg berkenan ngan maid tu...
gi lah jamin dia kat balai....
hehe...

duit jaminan tu kira sebagai wang hantaran
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  ebe Thu Jan 07, 2010 1:35 pm

harap muka ja lawa.. hati mcm setan... dapat die pahtu juai kat sindiket ayam chow kit.. hahhaahha
ebe
ebe
Security Guard
Security Guard

Posts : 414
Points : 5452
Join date : 14/09/2009
Age : 40
Location : Technology Park Malaysia

http://www.bisneskad.biz

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Jan 07, 2010 2:27 pm

ebe wrote:harap muka ja lawa.. hati mcm setan... dapat die pahtu juai kat sindiket ayam chow kit.. hahhaahha

ganazz gak aok ni
Ebe yek..hu hu Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  SHARK Thu Jan 07, 2010 2:48 pm

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Mastur10
KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.

mStar Online

//Tak lama nih menjanda kwn rasa..tak lama lagik ada la yg sambar.... hehe//
SHARK
SHARK
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 588
Points : 600
Join date : 16/04/2009
Age : 45
Location : Empangan Klang Gate

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Jan 07, 2010 2:53 pm

DATUK Seri Najib Razak menyatakan tekanan darah beliau normal kepada jurugambar selepas diperiksa Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1Malaysia, Ooi Bin Cheong (kiri) pada majlis pelancaran Klinik 1Malaysia di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, pagi ini. Turut kelihatan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. - Foto Effendy Rashid
Jan 7, 2010 12:23 pm


Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Klinik10


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100107125907/Article/index_html
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Jan 07, 2010 2:55 pm

Terbalik....Anggota polis memeriksa kereta bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang terbabit dalam kemalangan di sini, pagi ini. Nizar yang dalam perjalanan ke klinik gigi cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah belakang sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik. Beliau bagaimana pun hanya mengalami cedera ringan dan diwadkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut. foto: The Star

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Nizar210


http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/7/mstar_berita/20100107132200&sec=mstar_berita
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Jan 07, 2010 3:15 pm

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Acmila10

PENYERANG AC Milan, Ronaldinho (tengah), diapit dua pemain tengah pasukan Genova, Giandomenico Mesto (kiri) dan Marco Rossi (kanan), dalam perlawanan bolasepak Serie A Itali yang diadakan di Stadium San Siro, Milan, Itali, awal pagi ini. - Foto AP
Jan 7, 2010 5:52 am



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/index_html
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  ozzy Thu Jan 07, 2010 3:24 pm

[quote="SHARK"]Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Mastur10
KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

gurrllpppppppp...ntah ngapa tetiba plak koi tebayangkan ke noraniza terrr.... affraid
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  J.Milan22 Thu Jan 07, 2010 3:26 pm

zulkbo wrote:Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Acmila10

PENYERANG AC Milan, Ronaldinho (tengah), diapit dua pemain tengah pasukan Genova, Giandomenico Mesto (kiri) dan Marco Rossi (kanan), dalam perlawanan bolasepak Serie A Itali yang diadakan di Stadium San Siro, Milan, Itali, awal pagi ini. - Foto AP
Jan 7, 2010 5:52 am



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/index_html

hehe..ade pun tentang milano...thank bro zul...
tapi hok genova tu confiuss cikit.. Laughing scratch scratch scratch
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 8:51 am

Mekanisme Baru Subsidi Petrol Diumum 1 Mei


Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 21_34_2---Petrol-Station_web

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme baru bagi menentukan sama ada seseorang warganegara itu layak atau tidak mendapat subsidi petrol bermula 1 Mei ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, mekanisme tersebut akan dibahagikan kepada subkategori yang memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka, dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah.

"Pada masa sekarang semua mendapat subsidi, termasuk warga asing. Bermula 1 Mei, pembelian menggunakan MyKad akan diperkenalkan, dengan hanya warganegara layak mendapat subsidi," katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/7/mstar_berita/20100107175003&sec=mstar_berita
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 4:58 pm

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat tiga kejadian membakar gereja dengan sengaja di Lembah Klang pada awal pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Tiga buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer serta Gereja Life Tabernacle, kedua-duanya di Petaling Jaya.

"Kereta-kereta peronda polis dan anggota-anggota polis telah ditempatkan di semua gereja di seluruh negara, terutamanya di Lembah Klang untuk mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya kepada The Star di sini hari ini.



Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Gereja10

Gereja Metro Tabernacle yang musnah terbakar dipercayai dilontar koktel molotov di Kuala Lumpur awal pagi tadi. - Foto AFP



http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/1/8/mstar_jenayah/20100108112308&sec=mstar_jenayah
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 5:04 pm

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Gereja11

ANGGOTA polis mengawal gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati yang terbakar selepas dilempar bom api (molotov cocktail) tengah malam tadi. - Foto Rosdan Wahid
Jan 8, 2010 4:07 pm


http://www.bharian.com.my/
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 5:17 pm

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Masjid11


ANTARA mereka yang menyertai perhimpunan aman di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan mingguan Katholik. Mereka melaungkan takbir, syahadah dan berzikir sambil merentangkan sepanduk yang antara lain mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mencabar tolenrasi umat Islam. - Foto Rosdan Wahid
Jan 8, 2010 4:19 pm

http://www.bharian.com.my/
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 5:23 pm

Beckham bantu Milan belasah Genoa


Persembahan hebat 76 minit rai kepulangan ke Rossaneri kali kedua

MILAN: David Beckham kembali beraksi untuk AC Milan dengan persembahan 76 minit yang berkesan bagi membantu pasukannya menang 5-2 ke atas Genoa, bagi melonjakkan kelab itu ke tangga kedua Serie A, kelmarin.

Beraksi secara pinjaman untuk Milan buat kali kedua bagi meningkatkan kecergasannya menjelang Piala Dunia, Beckham membantu serangan dari sayap kanan bersama Marco Borriello dan Ronaldinho, dan hampir menjaringkan gol pada babak pertama tetapi percubaan jarak jauhnya sekadar singgah di jaring tepi gol.

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Milan-10
BECKHAM memeluk Marco Borriello yang menjaring gol kedua dalam saingan Seria A menentang Genoa di San Siro, kelmarin.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Sukan/20100108064111/Article
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 8:20 pm

BANTAH... Sebahagian daripada peserta himpunan perpaduan ummah bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly. Dari kiri, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz; Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Rahim; Timbalan Presiden PKPIM, Abu Qassim Nur Azmi dan Timbalan Presiden PKPIM, Mohd Akmal Afiq. --foto THE STAR
Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 01439210


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/8/mstar_berita/20100108180025&sec=mstar_berita
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 8:26 pm

Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) beramah mesra dengan Kolonel Tran Xuan Quang dari Vietnam di Majlis penyampaian Diploma Maktab Angkatan Tentera Malaysia di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, 8 Januari. Gambar/UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Zahid-10


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 8:34 pm

Komplot singkirkan PM Britain

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Du_01_12
LONDON - Satu komplot untuk menyingkirkan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown (gambar) semalam gagal setelah perancangnya iaitu dua bekas menteri kabinet gagal meraih sokongan daripada barisan menteri tetapi beberapa penganalisis menyatakan kepimpinan Brown goyah susulan insiden berkenaan.

Brown sebaliknya memandang sinis komplot yang mencabar kepimpinannya itu.

Perdana Menteri itu menganggap percubaan tersebut sebagai lebih sudu daripada kuah dengan menyatakan beliau mendapat sokongan padu kabinetnya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm


Last edited by zulkbo on Fri Jan 08, 2010 10:43 pm; edited 1 time in total
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 8:49 pm

BANDAR RAYA KANSAS, Amerika Syarikat (AS) - Polis memburu seorang wanita yang mengamuk di sebuah restoran makanan segera McDonald's di sini selepas dia tidak menyukai hamburger yang dibelinya.

Menurut polis, wanita itu menyebabkan restoran tersebut mengalami kerugian ribuan dolar pada 27 Disember lalu kerana dia telah merosakkan beberapa barang di restoran tersebut.

Wanita itu berasa kecewa selepas kakitangan restoran tidak memulangkan semula wangnya selepas dia mengadu tidak menyukai hamburger tersebut.

Dia turut menuntut wang ganti rugi tetapi seorang kakitangan restoran enggan memenuhi permintaannya.
Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Du_06_12
SEORANG wanita (kanan) mengangkat sebaldi air
sebelum mencurahkannya ke arah kaunter pesanan
di sebuah restoran McDonald's di Kansas.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 08, 2010 10:42 pm

Spesis Ulat Membiak Dalam Kepala

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Ulat_b10
KEJADIAN yang berlaku ini biasanya didengar dalam mimpi-mimpi ngeri atau plot bagi filem-filem seram.

Seorang lelaki amat terkejut dan gempar bila mengetahui bahawa benjol-benjol berdarah yang tumbuh di kepalanya bukan berpunca daripada gigitan atau kayap, sebaliknya akibat dihurung ulat-ulat yang hidup membiak.

Aaron Dallas, dari Colorado pergi mendapat rawatan perubatan bila benjol-benjol itu tumbuh di kulit kepalanya selepas pulang daripada percutian musim panas di Belize.

Seorang doktor yang ditemuinya menyangka benjol-benjol itu mungkin akibt gigitan agas, manakala seorang lagi doktor menyangka masalah itu berpunca daripada kayap.

Bagaimanapun benjol-benjol itu semakin "hidup" dan mula bergerak-gerak.

Sementara itu, seorang doktor lain yang merawatnya menemui lima larva lalat spesis bot sedang membiak dalam kepala Dallas, di bahagian atas tengkoraknya. Keadaan ini berlaku beberapa minggu selepas dia digigit nyamuk.



http://www.mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2010/1/7/mstar_manusia_peristiwa/20100105184444&sec=mstar_manusia_peristiwa
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Jan 09, 2010 11:13 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Kepala10

JEFRI (kiri) membawa kepala ayahnya yang dibungkus kain dan diletak dalam kotak selepas bedah siasat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk dikebumi di kampungnya, Gemencheh.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20100108230747/Article
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sat Jan 09, 2010 11:35 am

Bas pasukan bola sepak Togo diserang, Adebayor selamat tetapi pemandu maut


Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Emmanu10

LUANDA: Lelaki bersenjata menembak bas yang membawa pasukan kebangsaan Togo ke kejohanan utama Afrika di Angola, membunuh pemandu dan mencederakan sembilan yang lain termasuk dua pemain.

Kapten Togo, Emmanuel Adebayor, yang berada dalam bas berkenaan tetapi tidak cedera, berkata pasukannya mungkina akan menarik diri daripada Piala Negara Afrika itu yang mana beberapa pemain berharga dijadualkan bermain.

Bas itu baru memasuki kawasan Cabinda di mana puak pemisah melancarkan perang selama tiga dekad, apabila ia diserang.

Sorang menteri Angola menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan keganasan. - Reuters



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20100109105423/Article/index_html
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sun Jan 10, 2010 12:58 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Basapi11

EMPAT bas termasuk tiga milik syarikat Reliance Omnibus Co (ROC) Sdn Bhd rentung dalam satu kebakaran dipercayai perbuatan khianat di stesen bas henti-henti, Medan Kid, Ipoh pada jam 3.30 pagi tadi. Kebakaran dipercayai bermula di tempat duduk bahagian pemandu sebuah bas terbabit sebelum api merebak ke bas lain. - Foto Muhaizan Yahya
Jan 9, 2010 4:26 pm



http://www.bharian.com.my/
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sun Jan 10, 2010 12:59 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 N90010

NOKIA N900 dipamerkan pada International Consumer Electronics Show 2010 di Las Vegas Convention Center, Las Vegas, Nevada. Telefon itu boleh digunakan seperti komputer dan dilengkapi pelbagai program sama termasuk Firefox. Ia dilengkapi kamera lima megapiksel serta video dan fungsi penuh Skype. - Foto AFP
Jan 9, 2010 4:18 pm

http://www.bharian.com.my/
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sun Jan 10, 2010 1:11 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Ne_01_13


JELI - Seramai 10 pelanggan yang sedang menjamu selera bertempiaran lari apabila 10 batang kayu balak yang jatuh dari sebuah lori bergolek menghampiri sebuah kedai makan di Kampung Labu, Bukit Selar di sini pukul 8.30 malam kelmarin.

Pelanggan dan pemilik kedai makan itu sempat melarikan diri ke belakang premis tersebut apabila mereka mendengar bunyi dentuman kuat dan melihat kayu balak bergolek ke arah mereka.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas rantai besi yang mengikat 10 batang balak yang dibawa sebuah lori secara tiba-tiba terputus menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal lalu terbalik.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sun Jan 10, 2010 1:14 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Mahath10

Dr. Mahathir Mohamad mencuba motosikal Pari-Pari (Stingray) berkuasa 1,500cc hasil reka cipta dan inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Proton selepas merasmikan Hari Keluarga Proton di Kilang Proton di Shah Alam hari ini. - foto BERNAMA


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/9/mstar_berita/20100109114810&sec=mstar_berita
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 22 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 22 of 31 Previous  1 ... 12 ... 21, 22, 23 ... 26 ... 31  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum