Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86

Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

8C yang buat suami benci pada isteri

View previous topic View next topic Go down

8C yang buat suami benci pada isteri

Post  Deto_8 on Mon Dec 07, 2009 2:26 pm

Ok, berikut adalah senarai 8C yang bisa membuatkan seorang suami naik feedup kat Isteri. Samada nak terima ataupun tidak, terpulang. Apa-apa pun, jom baca. Boleh kan?

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI. Nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tiada perasaan malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua.

C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh dan tawar hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya.
Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel-comel aje. Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun!

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan kat luar, isteri nak tempat yang ‘high class’ aje. Restoran nak ada air-cond katanya.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak masih dok lepak depan tv lagi.

C8. CUAI
Kebiasaannya lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi biasalah, kita insan yang mudah lupa dan lalai. Ada masa-masa tertentu, ianya berlaku kerana sifat suami itu sendiri atau mungkin juga keadaan sekeliling yang membuatkan para isteri mempunyai salah satu ciri2 8C itu.

Kesimpulannya, renung-renungkanlah dan selamat beramal

source: Mohd Azizwan Blog

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!

Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  Yassin on Mon Dec 07, 2009 2:37 pm

C.. D.. E Ker.... kita sebagai suami yang telah diamanahkan utk menjaga wanita yg bergelar isteri itu bentuklah ia dgn sesempurna yang mungkin dan kita sendiri sebagai suami wajib ada keperibadian yang baik dan sempurna..mana mungkin kita dapat membentuk org lain jika pada masa yang sama kita mempunyai perangai yang tidak sempurna dan baik. Very Happy

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  Jeck Sparow on Mon Dec 07, 2009 2:49 pm

C1. CABAR

C2. CABUL

C3. CELUPAR

C4. COMOT

C5. CEMBURU

C6. CEREWET

C7. CINCAI

C8. CUAI

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi biasalah, kita insan yang mudah lupa dan lalai. Ada masa-masa tertentu, ianya berlaku kerana sifat suami itu sendiri atau mungkin juga keadaan sekeliling yang membuatkan para isteri mempunyai salah satu ciri2 8C itu.

Ulasan di atas memang betul....tapi kat dunia ni tak der insan yang benar benar perfect dari A to Z..So hidup sebagai pasangan suami isteri kena ader sikap Telus..lebih elok berbincang sebelum membuat sebarang spekulasi..

Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  MD on Mon Dec 07, 2009 2:58 pm

Menteri Kesihatan terdahulu pernah membuat kenyataan bahawa kebiasaannya lelaki kurang suka pada perempuan yang ada ''3G''.... ada handphone 3G takpe...

MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  acey on Mon Dec 07, 2009 3:04 pm

MD wrote:Menteri Kesihatan terdahulu pernah membuat kenyataan bahawa kebiasaannya lelaki kurang suka pada perempuan yang ada ''3G''.... ada handphone 3G takpe...

3G tu apa la pulok

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  zaki on Mon Dec 07, 2009 3:05 pm

acey wrote:
MD wrote:Menteri Kesihatan terdahulu pernah membuat kenyataan bahawa kebiasaannya lelaki kurang suka pada perempuan yang ada ''3G''.... ada handphone 3G takpe...

3G tu apa la pulok

gprs plok??

zaki

Posts : 23
Points : 23
Join date : 18/11/2009

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  MD on Mon Dec 07, 2009 3:10 pm

zaki wrote:
acey wrote:
MD wrote:Menteri Kesihatan terdahulu pernah membuat kenyataan bahawa kebiasaannya lelaki kurang suka pada perempuan yang ada ''3G''.... ada handphone 3G takpe...

3G tu apa la pulok

gprs plok??

nanti kawan cari n copy paste artikel tu..harap ada hehehee

MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  sam on Mon Dec 07, 2009 3:34 pm

gemok, gempal, satu lagi ntah ape ntah.. yg pasti bukan gile seks

sam
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  MD on Mon Dec 07, 2009 3:37 pm

samdol wrote:gemok, gempal, satu lagi ntah ape ntah.. yg pasti bukan gile seks

70% markah hehehee

MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  ozzy on Mon Dec 07, 2009 3:41 pm

samdol wrote:gemok, gempal, satu lagi ntah ape ntah.. yg pasti bukan gile seks

GEMOK ..GARANG..GILA..kott.. Very Happy

ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  zila on Mon Dec 07, 2009 4:29 pm

Lagi satu G ialah GEBU lah weehhh..

zila

Posts : 35
Points : 35
Join date : 07/12/2009

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  zulkbo on Mon Dec 07, 2009 4:41 pm

ozzy wrote:
samdol wrote:gemok, gempal, satu lagi ntah ape ntah.. yg pasti bukan gile seks

GEMOK ..GARANG..GILA..kott.. Very Happy

koi gemuk
garangg
dan gila-gila
*bini benci la gitu yek..
hu hu hu

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  zulkbo on Mon Dec 07, 2009 4:43 pm

zila wrote:Lagi satu G ialah GEBU lah weehhh..

gebu beh..
koi suker..
he he he..

zulkbo wrote:
zila wrote:Lagi satu G ialah GEBU lah weehhh..

gebu beh..
koi suker..
he he he..

**chesee cake la..
janagan salah anggap..

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: 8C yang buat suami benci pada isteri

Post  Sponsored content Today at 3:50 pm

Sponsored content

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum